Ternyata kasih sayang melebihi aspek perbezaan fizikal. Ini dibuktikan oleh seekor kucing yang telah mengambil empat ekor anak tupai sebagai ‘anak angkatnya’.
Di mana ‘anak angkatnya’ itu dilayan sama seperti anak daripada keturunannya.
Sebanyak empat ekor tupai telah dijaga oleh Pusha selepas mereka kehilangan ibu bapa namun ia tidak menghalang mereka daripada mengecapi bahagia. Mereka nampaknya mudah menyesuaikan diri bersama ibu angkat.
Mereka semua tidur, makan dan bermain bersama di sebuah taman di Bakhchisaray, iaitu sebuah pekan kecil berdekat di lembah sungai Curuk Suv – lebih kurang 20 batu dari bahagian Barat-Selatan Simferopol, Crimea.
Pusha telah mengambil 4 ekor anak tupai sebagai anak angkat dan mereka semua hidup di Bakhchisaray, Crimea
Mereka semua tidur, makan dan bermain bersama, malah ikatan kekeluargaan yang terbina amatlah erat
Foto menunjukkan anak tupai merah berpelukan dan memanjat badan ibu angkatnya
Pusha begitu sayangkan anak angkatnya
Menerusi video ini, kelihatan Pusha turut mencium dan menjilat salah seekor anak angkatnya. Mereka juga berebut untuk disusukan Pusha:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Daily Mail, Insider Edition/Youtube via @EraBaru