[VIDEO] Elfira Tak Sedar Mengandung Masa ‘Sh00ting’

Pelakon cantik yang kini semakin berseri, Elfira Loy memberitahu dia tidak sedar dirinya mengandung ketika menjalani penggambaran.

Elfira yang berkahwin empat bulan lalu dengan pengurus besar, Faris Anuar Khairol, bersyukur kerana tidak timbul sebarang masalah sepanjang tempoh trimester pertamanya.

“Alhamdulillah, setakat ini alahan tak ada sangat. Sebenarnya, saya sendiri tak sedar mengandung masa shooting tu.

“Tapi itulah cabaran paling kuat masa tu kerana saya sangat-sangat penat.

“Saya cuba kuatkan diri sebab kena kerja tapi Alhamdulillah, alahan masa tu tak ada sangat. Cuma bila dah balik rumah tu, terus keluar semua,” kata Elfira.

Sementara itu, Elfira bekerjasama dengan jenama MC Vogue untuk mengeluarkan koleksi raya istimewa iaitu Elfira Loy X MC Vogue.

Koleksi raya Elfira Loy X MC Vogue ini menampilkan empat rekaan unik buat mereka yang mahukan penampilan minimalis namun menawan dengan konsep Fairy Forest.

VIDEO :

Sumber : MHE TV

Selalu Post F0to Muka Je, Kali Ini Dapat Lihat ‘Baby Bump’ Elfira Loy. Tahniah

Segala persoalan kini terjawab apabila Elfira Loy telahpun berkongsi berita dia kini sudahpun hamil. Pada awal 2019, pasangan Elfira dan Faris Anuar menjadi perhatian ramai setelah sah bergelar suami isteri.

Syukur, dia bakal menerima kehadiran baru dalam keluarga pula. Menerusi Instagram, Elfira berkongsi sekeping foto dirinya dan ia meraih perhatian.

Elfira Loy Kini Hamil.

Tahniah el

Nampak perut 2

Bahagia sekarang

Pelakon Elfira Loy mengumumkan khabar gembira apabila dia kini sedang hamil. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, bersyukur doa untuk dikurniakan cahaya mata dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah kalau orang tanya, saya beritahu sahaja. Saya baru sahaja check-up dan doktor beritahu bayi pun sihat.

“Saya gembira dengan kehamilan ini sebab sekarang kita dengar banyak sangat kes wanita yang nak mendapatkan cahaya mata.

“Saya tak sangka rezeki saya datang awal. Cepat sangat sebab saya baru kahwin empat bulan,” ujarnya kepada mStar

Antara k0men n3tizen:

How can that shes pregnant and still can wore that heels?? @zaafiradyna while me not pregnant but absolutely cannot stand with those 6 inches

Patut la seri muka Elfira ni lain macam je. Cantik sangat. Tahniah admin ucapkan. Semoga Elfira dan baby dalam kandungan akan sihat2 selalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber Elfira Loy via HCL