Bersepah lagi perangai macam saya #syedhamadi – Azhan Rani sindir siapa tu?

Nampaknya walaupun kita sudah memasuki bulan mulia Ramadan, masih ada yang berani mengambil kesempatan menggunakan nama dan muka artis tempatan.

Terbaharu, Azhan Rani yang popular dengan watak Ustaz Hamadi menjadi m4ngsa apabila ada pihak yang menggunakan mukanya untuk melariskan produk perniagaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

boring lagi kes macam ni.. cuma aku nak share juga peel penjual2 coway ni.. tolong siapa2 yang rasa coway tu company dia jaga la adab anak2 buah korang yang nak berniaga ni.. jual ajelah mesin korang tu.. tapi jangan kaitkan dengan aku yang takde kena mengena ni.. bertahun2 aku hidup masak air dari air paip.. mesin korang pun tak jamin pun hidup aku boleh tambah lagi 50 tahun.. ye aku geram.. setiap hari aku dapat posting macam ni.. majoriti agent coway.. tolong mana satu boss korang pergi nasihatkan cara baik anak2 buah korang ni.. bukan aje gambar aku tapi siapa2 yang tak berkenaan jangan korang kaitkan.. bukan aku tak tau .. aku bukan jenis suka turun naik mahkamah pun buat kerja2 saman menyaman ni.. tapi jangan paksa aku jadi macam tu.. bertahun2 korang berniaga selama ni pun tak letak gambar aku pun.. rasanya takkan lingkup pun business korang tanpa muka buruk aku tu.. tolonglah.. kita sama2 lah cari rezeki halal dan berkat🙏

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Menerusi entri yang dimuatnaik pelakon Nur itu dalam laman Instagram miliknya, Azhan memberitahu perihal individu yang berani mempromosikan produk menggunakan wajahnya tanpa kebenaran.

“Buat la drama #nur sampai 10 musim pun, bersepah lagi yang perangai #syedhamadi ni. Ni satu lagi dalam bulan Ramadan ni siap ada nombor telefon lagi.

“Nak berniaga buat la cara halal dan berkat…pung pang pung pang kita bercakap keburukan #syedhamadi, kenapa kita tak boleh buktikan kita bukanlah daripada golongan Syed Hamadi.

“Allahuakbar…saya tak ada kena mengena dengan produk ni. Gambar ini digunakan untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran saya terlebih dahulu,” tulis Azhan.

Antara komen yang mengec4m perbuatan tidak bertanggungjawab individu tersebut.

 

Malah menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang mengecam perbuatan individu tersebut yang menggunakan cara yang salah untuk menjual barang. – MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  MHE TV