Pelakon Elfira Loy yang kini sedang hamil di trimester pertama akui lebih gemar dengan bayi perempuan.
Namun, Elfira memberitahu untuk kelahiran sulungnya dia berharap dapat menimang cahaya mata lelaki kerana dilihat masa depan kelak dapat menjaganya.
View this post on InstagramNo more heels after this , okay okay. @alhumairacontemporary X @mcvogue.com.my
“Ofcourse la suka girl sebab banyak barang boleh shopping hehe.
“Tapi as first child lebih baik lelaki sebab boleh jaga kita.
“Perempuan (anak) esok dah besar lepas kahwin kena ikut laki dia, kalau (anak) lelaki jaga mama dia hehehe,” tulisnya di Instagram (IG)Story.
Timbul isu jantina bayi itu selepas pengikutnya bertanyakan mengenainya ketika sesi ‘ask me question’ yang dilakukan menerusi IG Story semalam.
Menerusi soalan lain, rata-rata bertanya mengenai rutin kecantikannnya serta bagaimana menjaga hubungan dengan pasangan.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: