Madu tak apa, tapi jangan madu lain – Wawa Zainal

Pasangan pelakon ini tampil memperkenalkan Madu Ajaib Turki by Aeril dan Wawa yang merupakan cabang bisnes terbaharu mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

larikkkk

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Kata orang, madu memang manis dimakan tetapi pahit di alam realiti kehidupan wanita. Begitulah begitu sensitifnya perkataan madu bagi mana-mana isteri.

Pelakon Wawa Zainal yang mengusahakan produk Madu Ajaib Turki bersama suaminya, Aeril Zafrel ini berharap badi ‘madu’ itu tidak melekat pada dirinya.

“Iya, sebut sahaja madu, ia agak sensitif bagi kaum wanita yang mengaitkannya dengan kehidupan rumah tangga. Begitu juga dengan saya, madu tak apa,  jangan bermadu sudah! Kalau ditanya kepada mana-mana wanita pun,  siapa yang sanggup bermadu kan?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

woshu woshu wawa jenal.. woshu woshi sakit belakang… . baju aeril dari @limawaktuhq baju wawa dari @wawazainalrtw

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Saya dan Aeril  mula mengusahakan produk madu ini setelah ia memberi kesan bagus kepada kehamilan ketiga saya setelah empat tahun mencuba,” luah Wawa yang ditemui ketika majlis pelancaran  produk Madu Ajaib Turki by Aeril dan Wawa atau  juga dikenali sebagai Mixed Honey with Horny Goat Weed.

“Kami memang merancang untuk anak ketiga beberapa tahun lalu cuma tiada rezeki.  Madu ini merupakan alternatif pertama kami sebab sebelum ini memang tidak pernah terlintas untuk mencuba apa-apa produk.

“Alhamdulillah, selepas beberapa bulan mengamalkan madu ini secara konsisten, insya-Allah kami bakal dikurniakan cahaya mata ketiga tidak lama lagi,” jelas Wawa lagi ketika ditemui MHE TV di Hotel Avenue Garden,  Kajang, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

baru je ngandung.. dah tak larat nak jalan..mintak puji sekali… . baju aeril @limawaktuhq baju wawa @wawazainalrtw

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Disebabkan ramai yang bertanyakan rahsia kehamilan ketiga Wawa, ia mendorong pasangan suami isteri  ini untuk berkongsi manfaat produk ini. Aeril dan Wawa tidak menjangka rezeki cahaya mata ketiga selepas mengamalkan pengambilan Madu Ajaib Turki.

“Saya mencuba terlebih dahulu madu ini dan mendapati ia bagus untuk mengeratkan hubungan intim suami isteri dan mengekalkan tenaga harian saya untuk aktif bekerja.

“Setelah yakin dengan manfaat madu ini,  kami mengambil keputusan ke Turki untuk melawat kilang madu di sana. Melalui lawatan ini,  kami dapat tahu proses sebenar produk madu ini dijalankan agar tidak terpengaruh dengan produk madu tiruan,” jelas Aeril yang bekerjasama dengan syarikat Soulledad Marketing sebagai pengedar tunggal Madu Ajaib Turki di Asia Tenggara.

Hasil perkahwinan selama tujuh tahun,  Aeril dan Wawa  dikurniakan dua cahaya mata,  Ahmad Fakharuddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sebelum ini, Wawa menerusi satu video pendek yang dimuat naik di laman Instagram miliknya secara rasmi mengumumkan berita kehamilannya kepada peminat. – MHE TV

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

link on bio utk full video . lepas tu komen la part mana korang suka tau😘♥️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV