saya mahu jadi diri sendiri dan ingin berpuasa penuh tahun ini – Michael Ang

Membuka lembaran Ramadan tahun ini pastinya sangat bermakna buat pengarah popular yang juga merupakan saudara baharu dalam Islam iaitu Michael Ang. Semua sedia maklum Michael Ang telah memeluk Islam sejak Februari tahun lalu namun merahsiakannya dari pengetahuan umum.

Sehinggalah baru-baru ini, dia terbuka hati untuk berkongsi kisah sebenar sepanjang lebih setahun menjadi seorang Muslim. Bercerita tentang ibadah puasa, kata Michael tahun lalu dia berjaya melakukan dengan baik dan hanya beberapa hari sahaja tertinggal.

“Sebelum memeluk Islam saya tidak pernah terfikir untuk berpuasa. Tahun lalu merupakan kali pertama saya berpuasa. Tidaklah susah sangat menahan lapar dan dahaga.

“Semuanya baik-baik sahaja,” ujar Michael yang berharap dapat berpuasa penuh tahun ini.

Mula terbuka tentang kisah penghijrahannya, Michael akui merasa amat lega kerana tidak perlu lagi berselindung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamaulikum semua! 🌙 Ramadan bakal menjelang 2 hari sahaja lagi. Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan & selamat menjalankan ibadah puasa buat semua umat Islam. Sambil-sambil tu nak bagitahu yang anda sudah boleh dapatkan koleksi baju raya saya & rakan artis yang lain hanya di @starvilion. Dah boleh check out Lebih 250 design & 1,000 warna menanti anda ✨ Berita baik, sekarang anda boleh dapatkan DISKAUN 10% untuk semua KOLEKSI RAYA 2019 sempena #StarvilionLabourDaySale di STARVILION. Jualan akan berlangsung sehingga 5 MEI 2019 ini sahaja. Jumpa di Starvilion ok! 😉 #StarvilionBalikRaya2019 #Starvilion #thisisstarvilion #beyourownstar #RTWfashionstore

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Awalnya saya juga bimbang dikecam apabila mula berkongsi kisah ini. Namun syukur ramai yang memberi sokongan.

“Sekarang saya boleh menjadi diri sendiri dan tidak perlu menyorok lagi. Paling utama, saya mahu menunaikan solat Jumaat di masjid. Alif Satar sudah berjanji akan ke masjid bersama,” cerita Michael lagi.

Sempena Ramadan ini juga, dia akan muncul dalam program Michael Ang’s Halal Kitchen di saluran Astro Ria. Dalam rancangan tersebut Michael berkongsi resipi yang sebelum ini dikenali sebagai tidak halal namun disediakan dengan bahan-bahan halal dan boleh dinikmati oleh umat Islam.- MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  MHE TV