Jika sebelum ini, anak kembar kakak Anzalna Nasir menjadi perhatian ramai apabila melihat gelagat comel mereka berdua yang dikenali sebagai ‘The Angguns’ atau nama sebenar Anggun Darleesa dan Anggun Darleena.
Namun kini, giliran anak ketiga Diana Nasir pula mencuri tumpuan ramai apabila anaknya dikenali sebagai Anggun Darniella membuatkan netizen jatuh hati dengan wajahnya.
Lahir pada November tahun lalu, menerusi foto terbaru Anggun Darniella yang dikongsikan menerusi laman Instagram membuatkan netizen memanggilnya patung.
Sangat comel..
Ini antara komen daripada peminat apabila melihat foto-foto terbaru anak ketiga Diana yang sangat comel.
Geram tengok.. Dah macam teddy bear
Macam anak patung versi hidup
Awat comey sangat..
“The Angguns” Anak Kembar Diana Nasir
Artikel berkaitan….
[GAMBAR] “Sudah Cukup Lima!,”- Diana Nasir Selamat Lahir Anak Perempuan, Pilih Nama Anggun Darniella, So Cute!
Debaran yang dinantikan sudah terhenti apabila Diana Nasir telah selamat melahirkan anak ketiga, Anggun Darniella di Hospital Thomson Kota Damansara.
Kakak kepada Anzalna Nasir itu telah berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagramnya.
“Assalamualaikum.. Introducing our beautiful healthy lil lady,
A N G G U N D A R N I E L L A.
Welcomed into our arms on the 10th November 2018.
We are all so in LOVE!
Thank you EVERYONE FOR ALL THE DOAS, LOVE & BEST WISHES, we feel extremely blessed. Darleesa & Darleena are just besotted with their new baby sister!,” tulisnya.
Menariknya, Diana masih mengekalkan nama pangkal ‘Anggun’ untuk anak-anaknya, dan memilih nama Anggun Darniella bagi anak yang baru dilahirkan itu.
Susulan itu, netizen telah mengucapkan tahniah diatas kelahiran Darniella itu.
Diana dan suami, Azwan dikurniakan dua anak kembar iaitu Anggun Darleesa dan Anggun Darleena, 2 tahun 10 bulan dan terbaru Anggun Darniella.
Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah buat Diana sekelurga dan selamat menjalani hari berpantang!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :Diana Nasir via : himpunanceritalawak / media hiburan