Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa geram apabila wajahnya telah disalahgunakan untuk penjualan penapis air.
Menurut Azhan sudah bertahun dia hanya memasak air menggunakan air paip.
“Boring lagi kes macam ni..Cuma aku nak share juga peel penjual Co*** ni.
“Tolong siapa-siapa yang rasa co*** tu company dia jaga la adab anak-anak buah korang yang nak berniaga ini.
“Jual ajelah mesin korang tu tapi jangan kaitkan dengan aku yang takde kena mengena ini.
“Bertahun-tahun aku hidup masak air dari air paip..Mesin korang pun tak jamin pun hidup aku boleh tambah lagi 50 tahun.
“Ye aku geram. Setiap hari aku dapat posting macam ni majoriti agent co***..
“Tolong mana satu boss korang pergi nasihatkan cara baik anak-anak buah korang ni..
“Bukan aje gambar aku tapi siapa-siapa yang tak berkenaan jangan korang kaitkan..Bukan aku tatau,” tulisnya.
Tambah pelakon drama Nur 2 ini menegaskan dia bukan seorang yang suka mengambil tindakan mahk4mah untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Aku bukan jenis suka turun naik mahk4mah pun buat kerja-kerja s4man menyaman ni.
“Tapi jangan paksa aku jadi macam tu..Bertahun-tahun korang berniaga selama ni pun tak letak gambar aku pun rasanya takkan lingkup pun business korang tanpa muka buruk aku tu.
“Tolonglah kita sama-sama lah cari rezeki halal dan berkat,” tulisnya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Azhan Rani via Gempak