Gara-Gara Nama ‘Nurul’, Peserta Ratu Cantik Ini Terpaksa Bawa Surat Pembaptisan

Seorang peserta ratu cantik Sabah, Unduk Ngadau (UN) terpaksa membawa surat pembaptisannya ketika mendaftar.

Nurul Yanadido, finalis bagi UN Kota Marudu 2019 tular di laman sosial kerana ada netizen yang mempersoalkan namanya yang berpangkal ‘Nurul’.

Menurut Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah, jelas menyebut larangan wanita Muslim di negeri ini menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Risau takut dipersoalkan agamanya, Nurul Yanadido terpaksa membawa bukti yang dia bukan beragama Islam.

Ramai netizen turut sama memuji kecantikan Nurul yang dikatakan mirip gadis dari Timur Tengah.

Sesuai dengan maksud nama Nurul iaitu cahaya, wajah Nurul Yanadido cukup memukau, segar dan berseri.

UN berasal dari perkataan “runduk tadau” yang bermaksud gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari.

Pencarian Unduk Ngadau atau ratu cantik daripada kalangan gadis etnik Kadazandusun Murut (KDM) diadakan hanya sekali setahun, iaitu pada bulan Mei sempena perayaan Pesta Kaamatan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: AstroGempak