Halima Aden.
GADIS kelahiran Somali-Amerika, Halima Aden menjadi model Islam pertama muncul sebagai penghias kulit majalah Sports Illustrated berhijab dan memakai burkini.
Burkini merupakan istilah pakaian renang wanita Muslim yang popular di Eropah.
Halima menjadi penghias kulit majalah itu untuk edisi pakaian renang pada Mac dengan memakai beberapa burkini berwarna-warni.
“Membesar di Amerika Syarikat (AS), saya berasa terasing kerana tidak pernah melihat seorang gadis berhijab di dalam majalah,” kata Aden.
“I never really felt represented because I never could flip through a magazine and see a girl who was wearing a hijab.” #ShatteringPerceptions pic.twitter.com/EtNfpszcmy
— Sports Illustrated Swimsuit (@SI_Swimsuit) April 29, 2019
Sports Illustrated turut memuatnaik sekeping gambar dia sedang berbaring di dalam air cetek dengan memakai hijab berwarna firus, subang kuning dan burkini biru gelap.
Halima anggun memakai burkini berwarna biru gelap.
Halim mencipta nama pada usia 19 tahun apabila menjadi wanita pertama berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota AS pada 2016.
Dalam pertandingan itu dia berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir.
Gadis berusia 21 tahun itu dilahirkan di kem pelarian Kakuma, Kenya dan tinggal di sana sehingga berusia tujuh tahun.
Terdahulu, Halima muncul sebagai penghias kulit untuk majalah Vogue dan turut menyertai cat walk di pentas peragaan New York Fashion Week. – AFP
NEW YORK: Wanita berketurunan Somalia-Amerika, Halima Aden, akan tampil dalam isu pakaian renang Sport Illustrated sebagai model pertama dalam majalah itu yang memakai hijab dan burkini.
Isu pakaian renang tahunan, yang akan diterbitkan pada 8 Mei ini, dikenali kerana menonjolkan wanita memakai bikini.
Sementara burkini adalah pakaian renang menutup seluruh tubuh yang dipakai sebahagian wanita Islam.
Aden, yang beragama Islam, dilahirkan di kem pelarian Kenya dan berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berusia tujuh tahun.
Gambar beliau memakai burkini dirakamkan di Pantai Watamu di Kenya, kata Sport Illustrated dalam kenyataan semalam.
Pada 2016, Aden menjadi tajuk utama apabila menjadi wanita pertama memakai hijab pada pertandingan Ratu Cantik Minnesota.
Beliau juga menjadi penghias muka depan majalah Vogue Britain dan di pentas peragaan pada Minggu Fesyen New York.
“Wanita, segala-galanya mungkin. Berada dalam Sport Illustrated adalah lebih besar berbanding saya sendiri.
“Ia menghantar mesej kepada komuniti saya dan dunia bahawa wanita pelbagai latar belakang, rupa, pendidikan, boleh bersatu dan diraikan,” katanya dalam Instagram.
Editor majalah itu, MJ Day, berkata beliau dan Aden percaya idea kecantikan adalah luas dan subjektif. — Reuters
Halima Aden makes history as the first model to wear a hijab and burkini for Sports Illustrated Swimsuit: https://t.co/8WFD4hHmiH. pic.twitter.com/OsBthnjoLY
— Sports Illustrated Swimsuit (@SI_Swimsuit) April 29, 2019
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar via BH