Keletah pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memang melucukan serta membuatkan orang ramai tidak kering gusi.
Ada sahaja idea yang terlintas di fikiran Sherry untuk menghiburkan pengikut laman Instagram miliknya.
Jika sebelum ini, Sherry pernah ‘buat hal’ bersama aktres cantik Nur Fazura, kali ini giliran aktor Remy Ishak pula menjadi bahan usikan Sherry.
Hos program realiti Big Stage itu memuat naik sedutan video dia berbuka dengan ‘suaminya’ iaitu Remy.
View this post on InstagramBila suami pulang bersahur bersama #babysayang @remyishak @origina_hq #tamarmilk #susukurma
“Alhamdulillah, untuk Ramadan yang ketiga, hari yang ketiga ni, dapat bersahur dengan suami,” kata Sherry.
Sebenarnya, Sherry mendapat kiriman kotak susu Origina yang menampilkan Remy sebagai duta.
Di kotak terbabit, terpampang wajah Remy memegang secawan susu dan Sherry memanggil Remy dengan gelaran ‘baby sayang’.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi lucu Sherry yang memanggil Remy ‘baby sayang’ berulang kali.
Malah, Remy juga turut meninggalkan ucapan khas untuk Sherry di ruangan terbabit.
“Selamat berpuasa Sherry sayang,” tulis Remy.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak