Kejutan menyentuh hati apabila seorang ibu bertemu kembali dengan anak kecilnya setelah berpisah lama kerana bertugas sebagai tenter4

Serena Gonzalez sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan kehidupan yang baik buat anak perempuannya walaupun mereka terpaksa berpisah beribu batu jauhnya.

Ibu yang merupakan seorang anggota tentera laut dari Pennsylvania ini sekarang berpangkalan di San Diego, California. Oleh kerana dia perlu ke luar negeri jadi dia harus meninggalkan anak kecilnya di rumah.

Mujur, ada bapa saudaranya, Billy Cruz yang menjaga anak kecilnya, Ariella yang baru berusia 3 tahun itu. Kejauhan antara mereka membuatkan Gonzalez sering merindui anaknya setiapp hari.Walaupun dia suka untuk bersama dengan anak perempuannya, dia tetap perlu berjauhan dengan si kecil itu.

Wanita ini perlu berkhidmat di dalam pasukan tentera kerana dia telah disenarai semula untuk berkhidmat selama enam tahun. Apa yang dilakukan itu adalah untuk masa depan anaknya.

kerana apabila dia sudah mencapai 10 tahun perkhidmatan dia layak mendapat pembayaran pendidikan vateran sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk anaknya. Jika Ariella mahu masuk ke mana-mana kolej kelak tidak jadi masalah untuk mereka sekeluarga.

Hal ini membuatkan mereka berpisah dalam jangka masa yang agak lama. Jadi, pada bulan Mac lalu, Billy memutuskan untuk terbang merentasi negara bersama Ariella untuk memberikan kejutan yang tidak akan dilupakan oleh wanita ini.

Apabila tiba di San Diego, Billy dan Ariella terus pergi ke rumah rakan Serena, tempat di mana dia bermalam. Pada ketika itu dia sedang tidur di atas lantai, kerana rakannya dalam proses berpindah rumah. Ariella terus berdiri di hadapan ibunya manakala Billy perlahan-lahan membangunkan Serena.

Pada mulanya,Serena yang kelihatan sangat mengantuk membuka matanya sedikit yang berfikir apa yang dilihat adalah mimpi. Dia diam seketika sebelum menyedari di hadapannya adalah anaknya!Dia terus menjerit kerana terkejut dan pantas memeluk anak kecilnya di dalam pelukannya.

Pasti ada kerinduan yang tidak tertanggung lagi untuk Ariella.Sudah lama dia tidak dapat memeluk anak perempuannya sehingga dia menangis kegembiraan ketika itu.Serena berkongsi rakaman menyentuh itu di Facebook pada hari itu dengan mesej yang penuh dengan kasih sayang yang tulus:

“Saya mendapat kejutan terbaik dalam hidup saya pagi ini.Anak saya.Untuk dapat memeluknya.Dan merasakan lengannya lagi. Untuk melihat senyumannya lagi.

Kasih sayang terhebat yang pernah hadir dalam hidup saya adalah daripada woogie boogie saya. Dengan adanya dia membuatkan saya seperti diberkati setiap hari.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: CokelatPutih