Muzik video lagu Sesungguhnya 2019, hasil kolaborasi Alif Satar dan Raihan kini trending di laman YouTube.
Berada di kedudukan pertama carta trending, lagu ini merupakan lagu rakaman semula dan pernah pernah dirakamkan Raihan ketika Alif berusia tujuh tahun.
Mula dilancarkan pada 10 Mei lalu di seluruh pelantar muzik dan YouTube, Sesungguhnya 2019 kini meraih lebih 1.4 juta tontonan.
Sementara itu, menerusi kemas kini Alif di laman Instagram, penyanyi itu menyifatkan kolaborasinya bersama Raihan sebagai satu mimpi yang menjadi nyata.
Dalam perkembangan lain, Alif bakal mengadakan persembahan amal untuk mengutip dana Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei di Bora Ombak, Putrajaya pada pukul 4 petang.
Raihan juga diundang sebagai artis jemputan dalam persembahan amal ini dan akan pertama kali menyanyikan lagu Sesungguhnya 2019 bersama-sama.
Info lanjut hubungi 011-56866963.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak