PELAWAK terkenal Abam Bocey mengambil kesempatan masa lapang di bulan Ramadan untuk membantu keluarga menjalankan perniagaan makanan di bazar Ramadan.
Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 31, perniagaan mi, bihun dan kuey teow ‘kejung’ yang diusahakannya bersama keluarga menerima sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar Gombak.
“Sebenarnya ini perniagaan keluarga, saya sekadar membantu mereka mencari rezeki lebih menjelang hari raya nanti.
“Nama mi kejung ini muncul kerana cara memasaknya. Api memasak akan dipadamkan serta-merta dan dibiarkan sebelum dibungkus mengikut permintaan pelanggan. Ahamdulillah setakat ini juadah hasil air tangan saya ini habis setiap hari,” kata Abam kepada mStar.
Terbaik la Abam…
Giat berniaga, Abam kini turut menantikan kehadiran cahaya matanya yang pertama bersama isterinya.
Terkejut nampak Abam jual Char kuey teow…
Rata-rata peminat turut memuji dengan usaha abam untuk turut serta berniaga di bazar ramadhan. Sikapnya yang tidak segan dan melayan pelanggan dengan baik turut dipuji.
Komen netizen:
Terbaek la abam…
Mee tongek ka abam…
Lain macam bazar sebab ada abam…
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar