Malu, lucu dan terkedu. Mungkin itu perasaan yang ada dalam diri pelakon, Hisyam Hamid apabila ‘ditolak’ seorang lelaki gara-gara hanya mahu bergambar dengan Zahirah Macwilson.
Dalam satu video yang tular dalam media sosial, Hisyam yang ketika itu sedang mempromosikan koleksi rayanya hanya tersenyum ketika kejadian tersebut terjadi.
Hisyam kemudian memberi isyarat untuk lelaki tersebut meneruskan niatnya untuk mengambil gambar berdua dengan Zahirah.
View this post on Instagram
Lelaki yang dipercayai peminat tegar Zahirah menolak Hisyam ke tepi kerana mahu mengambil gambar berdua dengan pelakon yang juga teman wanita Aiman Hakim Redza itu.
Video berdurasi 12 saat turut mengundang komen-komen nakal netizen yang tercuit hati melihat gelagat lelaki dalam lingkungan usia 40-an itu.
Dalam pada itu, Hisyam turut memuat naik gambar bersama Zahirah di Instagram miliknya dengan kapsyen yang mencuit hati sebagai reaksi terhadap video yang tular itu.
“Bersama punca saya tular dalam media sosial. Benda lawak, buat apa mahu serius,” katanya.
Hisyam juga turut menjelaskan dia tidak terlalu kecewa dengan tindakan lelaki tersebut dan menganggap itu sekadar satu gelagat lucu.- MHE TV
View this post on InstagramSampai hati tolak abang bomba @hisyamhamid7 gitu je! Tapi demi @zahirahmacwilson, abang sanggup!
View this post on InstagramAdik ni nak tangkap gambar tapi malu. So inilah hasilnya 😂 . #hhrtw #hisyamhamid
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHETV