“Don’t Worry…Saya Sihat” – Ini Penyebab Amyra Rosli Terlalu Kurus Dan Terpaksa Dimasukkan Ke H0spital

PELAKON Amyra Rosli menepis cakap-cakap netizen kononnya dia mengalami ‘patah hati’ hanya kerana penampilannya yang terlalu kurus dan kelihatan cengkung.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 28, dia sebaliknya melakukan testimoni ke atas sebuah pr0duk kesihatan selain kesibukan harian yang membuatkan dirinya mengalami pengurangan berat badan.

“Sejujurnya saya kerap buat testimoni produk kurus yang saya jual sendiri. Mungkin produk itu berkesan ke atas saya. Ia buat saya hilang selera makan.

“Lagipun, saya bukan jenis yang berbadan besar cuma apabila berat badan saya yang asal itu sudah turun, kerana itu saya menjadi lebih ringan.

“Ditambah lagi dengan jadual saya yang terlalu padat, jaga anak… saya pula tiada orang gaji. Rasanya mungkin kerana rutin seharian itu membuatkan saya turun berat badan. Yang pasti, saya sihat… don’t worry,” ujarnya kepada mStar.

 

Penampilan Amyra terlalu kurus turut dikri1tik netizen.

Amyra ditemui ketika menghadiri sambutan Hari Ibu #mothersdaybycallaflores di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Terdahulu, aktres jelita ini pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengadu s4kit perut.

Dalam pada itu, Amyra berkata dia selesa dengan berat badannya kini iaitu 41 kilogaram.

Bagaimanapun Amyra menjelaskan dia berdepan kesukaran untuk mencari saiz baju yang sesuai.

“Senang bergerak tu ya… cuma untuk cari saiz baju agak siksa. Saiz XS tak muat pada saya.

“Apabila saya menjadi duta Prima Valet, mereka sediakan baju paling kecil untuk saya. Tapi baju paling kecil itu mereka terpaksa kecilkan lagi.

“Tetapi saya tiada masalah jika kurang berat badan asalkan saya sihat. Lagipun Amar juga tak complain, saya tak ambil peduli cakap orang,” katanya.

Amyra pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami s4kit perut.

Terdahulu, Amyra turut menjadi mangsa body shaming ketika menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini pada malam Anugerah MeleTOP Era 2019.

Ia mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminatnya apabila ada segelintir mereka meninggalkan komen dianggap kasar gara-gara bentuk badan Amyra yang disifatkan terlalu kurus.

Amyra berkahwin dengan aktor Amar Baharin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober 2017 bernama Aqeef Anaqi.

“Tak sabar nak tambah baby…” – Amyra Rosli

PELAKON Amyra Rosli memberitahu dia ada terfikir untuk hamil anak kedua memandangkan anak lelakinya Aqeef Anaqi sudah pun berusia setahun.

“Kalau ikutkan memang nak malah tak sabar rasanya nak tambah baby tapi nampaknya bukan sekarang.

“Selain jadual saya yang padat rasanya buat masa ini saya dan suami ingin memberi fokus kepada Anaqi terlebih dahulu… Dia pun tengah lasak sekarang,” katanya kepada mStar Online.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkahwin dengan aktor Amar Baharin November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.

Pasangan bahagia… Amyra dan Amar. 

Pun begitu kata Amyra, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut sebaliknya lebih menumpukan terhadap skrip serta visi pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin bagi menjayakan wataknya.

“Saya sedar harapan peminat itu tinggi tetapi paling penting ketika berada di set saya berikan terbaik,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Mstar