KUALA LUMPUR 15 Mei- Selebriti laman sosi4l Intan Liana Saleh berharap penyanyi Bella Astillah tabah dalam melalui dugaan dalam perkahwinannya. Tidak melihat situasi yang dilaluinya sama dengan penyanyi itu kongsi Intan, penting untuk Bella ketika ini memikirkan keadaan diri dan anaknya sahaja.
“Saya dicer4ikan jadi saya tidak tahu apa yang dilalui Bella, cuma apa yang boleh saya kongsi dalam keadaan sekarang saya yakin dia tidak berseorangan kerana Bella masih mempunyai keluarga yang sayang kepadanya.
“Apa yang penting dalam apa keputusan juga fikirkan anak. Sebab macam saya sendiri kekuatan saya hadir melalui anak-anak ketika berhadapan dengan krisis rumah tangga dahulu,” katanya berkongsi pengalaman.
Pernah melihat suami sebagai kebahagian mutlak buat dirinya, kongsi Intan lagi, semuanya berubah apabila dia dicer4ikan dua tahun lalu. Melalui waktu sukar beberapa bulan selepas dicer4ikan membuatkan dia sedar akan kebahagiaan dalam diri seseorang wanita itu tidak seharusnya didambakan kepada seorang lelaki memandangkan semuanya bermula dengan diri sendiri.
“Kebahagiaan bermula daripada kita sendiri itu yang saya belajar selepas bergelar seorang ibu tunggal. Jujurnya memang sukar untuk melalui tempoh selepas dicer4ikan namun lama kelamaan hikmah itu ada.
“Malah dalam waktu sekarang saya sangat bersyukur untuk diduga, sebab apa yang saya dapat sekarang melangkaui apa yang pernah saya fikir terutamanya rezeki,” Jelasnya.
Belum terfikir untuk menamatkan zaman janda, tambah Intan dia tidak nafikan membawa status tersebut kadang kala membuatkan dia berasa rendah diri.
“Memang tidak dinafikan ada perasaan malu tu. Saya selalu terfikir apa pendapat orang tentang status yang saya bawa. Tapi kalau terlalu berfikir juga membuatkan saya sedih.
“Buat masa ini saya memang tidak fikirkan soal perkahwinan lagi. Sebab apa yang berlaku dahulu masih menghantui sebenarnya, malah ada waktunya saya masih menyalahkn diri menyebabkan rumah tangga saya runtuh,” jelasnya jujur.
Intan Liyana dicer4ikan oleh pemuzik Ude Wahid selepas lelaki tersebut menikahi pelakon Izreen Azminda pada dua tahun lalu. Sumber utusan online
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Cokelatputih