“Ya Allah Dah Besar Dah Anak Aku… Cantik Dia Atas Pentas Tu”- Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim tidak menyangka anak sulungnya, Sarah Ashraf, 5, diberi peluang untuk berada di atas pentas bersama kumpulan popular Indonesia, Sabyan Gambus konsert pertama mereka di Malaysia pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram(IG)nya, Ashraf memberitahu dia berasa gembira kerana konsert Sabyan Gambus meninggalkan memori indah buat anaknya.

Kata Ashraf lagi, konsert itu merupakan konsert pertama sepanjang hidup Sarah.

“Malam tadi malam yang cukup bermakna dan mengejutkan bagi saya dan yang paling penting anak saya Sarah Ashraf.

“Memang dia minat sangat lagu Nissa Sabyan ni tapi tak sangka pula sampai ke pentas dengan Nissa Sabyan.

“Happy sangatlah mukanya dia tu… She so speechless masa atas pentas tu dan dia hanya mampu senyum lebar jer.

“Ya Allah… Dah besar dah anak aku nih… Cantik dia kat atas pentas tu hehehe. Kalau nak tahu this is the first concert dalam hidup dia.

“Pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya itu saya pasti. Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan kepada abang Hariz sebagai penganjur dan abang @k.a._124 sebab jemput kami datang ke @konsertsabyanmalaysia2019.

“Dan yang paling penting ucapan terima kasih kepada adik @nissa_sabyan kerana memberi detik-detik yang indah bersama anak saya. Alhamdulillah… Terima kasih guys dan terima kasih Allah. #NissaSabyan #SarahAshraf @sabyan_gambus,” tulisya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum and hi semua! AM terpost 2 kali scene sama td .. ni yg full video. . . Malam tadi malam yg cukup bermakna dan mengejutkan bg saya dan yg paling penting anak saya Sarah Ashraf. Memang dia minat sgt lagu nissa sabyan nih.. tapi tak sangka plak sampai ke pentas dgn nissa sabyan. Happy sgtlah mukanya dia tuh.. she so speechless masa atas pentas tu dan dia hanya mampu senyum lebar jer.. Ya Allah.. dah besar dah anak aku nih.. cantik dia kat atas pentas tuh.. hehehe. kalau nak tahu this is the first concert dlm hidup dia.. pengalaman yg tidak akan dilupakan olehnya..itu saya pasti. Tq sgt2 saya ucapkan kepada abg Hariz sbg penganjur dan abg @k.a._124 sbb jemput kami dtg ke @konsertsabyanmalaysia2019 . Dan yg paling penting ucapan terima kasih kepada adik @nissa_sabyan kerana memberi detik2 yang indah bersama anak saya. Alhamdulillah.. tq guys n tq Allah. #NissaSabyan #SarahAshraf . @sabyan_gambus . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga6

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Coretan itu turut disertakan dengan foto kandid Nissa mencium kepala anak perempuan ketika bertemu di atas pentas.

Selain itu, Ashraf juga berkongsi video pendek gelagat dan juga wajah gembira anaknya yang sedang tersenyum sebaik sahaja bertemu Nissa.

Terdahulu, Sabyan Gambus telah menghiburkan hampir 3,000 orang peminat di Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 yang berlangsung dengan jayanya di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Instagram @ashrafmuslim/ @nissa_sabyan