Penyanyi Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, sah bercer4i t4lak satu dengan Aliff Aziz, 28, sebentar tadi.
Hakim Mahkamah Syarie, Izzat Syazli Mushid yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan pelantun lagu Pupus berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang juga merupakan cucu sulung buat keluarga Bella dan Aliff.
Sementara itu, Aliff dalam kenyataannya berkata, isterinya Bella sudah memberikan yang terbaik dan banyak berkorban terhadap dirinya sejak lima tahun yang lalu.
“Saya dengan Bella sudah pun bercer4i dengan izin mahkamah sebentar tadi.
“Secara jujurnya, saya hilang kata-kata. Saya manusia biasa, saya tak mahu mencari alasan apa-apa. Bella dah berikan yang terbaik sejak saya mengenalinya lima tahun yang lalu. Mungkin Allah nak tunjukkan pada saya untuk perbaiki diri.
“Saya minta maaf kepada semua terutama Bella dan keluarga, apa yang terjadi di dalam (mahkamah) tadi pun saya masih belum dapat terima,” luah Aliff dengan nada sed1h.
Pada masa yang sama, Aliff turut memohon orang ramai memberi ruang kepadanya untuk memperbaiki diri dan mengakui itu juga nasihat terbaik yang telah Bella berikan kepadanya.
View this post on Instagram“Sometimes the people with the worst past, create the best future.” – Umar Ibn Al-Khattab (RA)
“Saya mahu muhasabah diri dan menjadi insan yang lebih baik. Selebihnya saya serahkan pada Allah.
“Untuk Bella saya mohon maaf dari hati kecil saya. Bella banyak berkorb4n dari hari pertama, jaga makan pakai, kerjaya, jaga anak dan sejujurnya saya masih sayangkan Bella dan anak. Apa yang berlaku ini adalah di luar kawalan saya,” kongsi Aliff ketika ditemu bual media sejurus proses mahkamah selesai. – MHE TV
VIDEO:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV