“Ramai Beri Pendapat Dan Ajar Cara Nak Samak….” – Sarah Hildebrand Pegang Anjing Tarik Perhatian Netizen

GARA-gara memuat naik foto pegang anjing, ruang komen di Instagram pelakon Sarah Hildebrand dihujani pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya memberi pandangan terhadap tindakan Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marier Hildebrand, 29, itu sebagai tidar wajar.

Sarah ketika dihubungi berkata, dia menerima apa juga pendapat yang diberikan netizen dengan hati terbuka.

“Bagi saya, tiada perbalahan antara netizen di ruang komen foto tersebut tapi masing-masing berhujah memberi pendapat yang berbeza-beza.

Foto Sarah pegang anjing mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Maksudnya, bila ada pendapat yang berbeza ni bagus dan ia satu petanda positif di mana masyarakat kita berfikir, bukan hanya menerima sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sarah diminta mengulas mengenai foto yang memperlihatkan dia memegang anjing ketika sedang menjalani penggambaran drama Hero musim kedua yang bakal ditayangkan Disember depan.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini menjelaskan tujuan dia muat naik foto tersebut supaya masyarakat berfikir selain ia juga bermaksud untuk mendidik.

Tujuan Sarah memuat naik foto tersebut untuk membuatkan semua orang berfikir.

Malah kata Sarah, disebabkan foto itu juga ramai orang mula bertanya dan berkongsi cara untuk samak selepas pegang haiwan tersebut.

“Sebenarnya tujuan saya memuat naik foto tersebut untuk buat semua orang berfikir dan selain, ianya bermaksud untuk mendidik.

“Foto itu telah membuatkan ramai berfikir dan ramai orang mula bertanya mengenai cara nak samak selepas pegang anjing dan ada yang memberi jawapan,” ujarnya.

Komen netizen;

I know ypu know what is the best…

Duk tepi Sarah pun muka stress…

Kalau bela untuk protection dibenarkan…

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar