Lambakan drama Melayu dengan hero dan heroin berwajah komersil membuatkan produser lebih mementingkan rupa paras daripada bakat seseorang pelakon. Hasilnya, pelakon hebat yang berbakat kena ‘reject’ dengan stesen TV kerana dikatakan tidak hensem seperti pelakon lelaki yang lain.
Antara yang bernasib macam tu adalah Amerul Affendi. Kepada yang kenal Amerul, mesti tahu bakat lakonannya yang hebat dan pasti menjiwai watak yang diberikan.
Malah, sampai satu tahap Amerul sendiri pernah mengaku mahu berhenti dan mengundurkan diri daripada dunia sendiri dek kerana tawar hati. Tetapi sokongan daripada rakan dalam dunia seni seperti Namron, Bront dan Zahiril Adzim membuatkan Amerul bertahan.
Terbaru, ramai netizen memuji dan menyatakan rasa kagum masing-masing dengan Amerul Affendi selepas dia dilihat muncul dalam music video lagu terbaru Yuna. Lagu tersebut berjudul Blank Marquee nyanyian Yuna bersama rapper dari Amerika, G-Eazy.
Bukan hanya netizen, rakan-rakan artis turut berbangga dan ucap tahniah dekat Amerul sebab berjaya masuk pasaran antarabangsa. Cayalah Merul!
Walaupun penggambaran music video ni hanya di sekitar Malaysia, tapi Yuna sendiri memang dah level international. So, dah tentu MV ni akan ditayang di luar negara juga apatah lagi dia berduet dengan penyanyi antarabangsa.
Malah Yuna sendiri ada upload gambar statistik negara yang paling banyak dengar lagu terbaru tu dan dua negara pertama adalah Amerika Syarikat dan Germany!
Amerul sendiri sempat upload beberapa gambar sewaktu penggambaran dan berterima kasih kerana diberi peluang bekerja dengan orang-orang hebat.
Salah satu pengalaman yang best dalam perjalanan ni..”
Bukan setakat bangga dengan Amerul, netizen juga puji hasil kerja suami Yuna, Adam Sinclair yang mengarahkan music video ni sebab buat KL nampak macam New York City. Cantik wehhhh!
Korang tengok jelah music video awesome tu:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: LobakMerah via LepatPisang