‘Arw4h wasiat jaga perniagaan’, Pernah mengadu penat dan mahu berehat panjang

KOTA BHARU – Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, All4hyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik.

Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum kem4tiannya. Wasiat itu dikongsikan adik kelima All4hyarham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut Mohd Faizul, Allahyarh4m mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.

Mohd Faizul berkata, dia juga perasan perubahan kakaknya itu sejak awal tahun lagi apabila ibu kepada lapan anak itu sering mengadu terlalu penat dan mahu berehat panjang selepas ini.

“Kak Ni (Allahyarh4m Faziani) sendiri pesan kepada keluarga dan suami supaya kami dapat uruskan perniagaannya elok-elok nanti jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dia mahu berehat dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan lagi.

“Dia ada bagi tahu saya, isteri saya dan adik-beradik supaya ingat segala wasiatnya dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan memberi didikan terbaik,” katanya.

Mohd Faizul berkata, kakaknya juga berpesan jika dia sudah tiada lagi, sebiji berlian simpanan Allahyarh4m perlu diberikan kepada anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.

“Saya tidak pernah tengok berlian itu, tapi dia minta berikan kepada Irdina dan dia mahu kesemua anaknya tidak berebut harta kerana kakak sudah sediakan sebuah rumah setiap seorang,” katanya.

Sumber: Cokelatputih

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon