‘Bagilah 1,000 Nabila, Saya Tetap Ada 1 Jebat’, Rupanya Ini Sebab Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Semakin Rapat Semula

RUMAH tangga pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 35, yang dikatakan berantakan kini dalam proses pemulihan selain fokus kepada kesihatan anak mereka berusia lapan bulan, Jebat Jayden yang mengalami masalah saluran k3ncing.

Sharnaaz ketika ditemui berkata, masalah kesihatan yang dialami Jebat itu mungkin aturan Allah untuk menjadikan mereka lebih dekat.

“Keutamaan sekarang ada satu saja iaitu Jebat. Bagilah 1,000 Nabila pun, saya cuma ada satu Jebat dan saya akan ada dengan anak saya sampai bila-bila. Nabila dan saya pun masing-masing tidak sempurna. Kita tak tahu lagi kesudahan itu bagaimana,” katanya.

Sharnaaz berkata, sebenarnya dia tidak menghebahkan peny4kit yang dialami anaknya itu kerana lebih ramai anak kecil lain yang mengalami masalah kesihatan yang lebih tervk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jebat: Sirap selasih aissss, roti jon, tepung pelita, mee goreng pata, deen maju, rafee, pasemboq, hameediah, sup hamid, Pak dia : Hang posa ka? Jebat : (swipe left)

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

“Apabila doktor memberitahu anak saya menghadapi jangkitan saluran kencing (UTI), kami tidak pasti sangat mengenai peny4kit itu. Dalam masa terdekat Jebat akan menjalani pembed4han,” katanya.

Khabar angin mengenai dakwaan keretakan rumah tangga pelakon itu mula diperkatakan sejak Februari lalu.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Today i walk you my son, one day ull be walking me back in the future.. the love of my life @jebatjayden

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

 

Akhirnya “Happy Tengok Anda Berdua Bertaut Kasih” – Netizen Gembira Dengan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuat naik dua keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Sharnaaz bersama isteri, Noor Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden bersama dua orang wanita yang telah membantunya membelikan nasi g@nja Ipoh.

“Kepada dua manusia hati mulia ni, saya teringin nak makan nasi g@nja Ipoh, saya dari Penang, check waze boleh sampai 5.30pm tapi kedai tutup 5.30pm.

“Nabila post lah dalam IG mintak tolong siapa boleh tolong pi beli sat and tunggu, Munira dengan Mazuin ni dengan pantas tolong dan orderkan..

“Lepas tu sekupang pun takmau ambik, dia belanja pulak.. Saya terhutang budi sungguhlah, nanti saya belanja awak dua berbuka atau raya pulak naa..

“Dia kata nak ambik gambaq dengan Jebat ja, Jebat pun lena tu lah haih..

“Nanti tag saya, mai raya di rumah nanti naa.. di Penang semestinya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Rata-rata pengikut Sharnaaz melahirkan rasa syukur dan ternyata gembira apabila melihat mereka bersama.

Malah, terdapat segelintir peminat yang mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.

Sharnaaz dan kakak kepada pengacara Neeofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos tahun lalu.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila bergolak apabila kedua mereka sering memuat naik status sedih di media sosial. Sehingga kini, mereka masih mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen berhubung gosip berkenaan.

Seperti biasa, sudah tentu ada sesetengah netizen tertanya-tanya mengenai status rumah tangga mereka, malah ada yang mengatakan sudah lama tidak melihat gambar mereka bersama anak mereka, Jebat Jayden.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you Allah for this precious gift 💓

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Tidak hanya berdiam diri, Noor Nabila dilihat membalas komen netizen tersebut yang seolah mencetuskan provokasi. Nabila juga turut meminta kepada netizen supaya tidak perlu campur urusan peribadinya. Nabila juga turut menegaskan untuk tidak lagi mengikutinya di Instagram jika tidak suka dengannya.

Dalam pada itu, ramai pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat Nabila dan mendaoakan yang terbaik buat pasangan tersebut. Apa pun diharap segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kesayangan baba

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Metro