“Semoga Panjang Umur Kita Jumpa Lagi, Kalau Tak Insya-Allah Jumpa Di Syurga”- Noh Salleh & Mizz Nina Terbang Ke Syria

Penyanyi Noh Salleh dan isteri, Mizz Nina terbang ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia  yang kedua.

Noh berterima kasih kerana dia diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan.

Noh meminta doa peminatnya agar perjalanan mereka selama 14 hari selamat dan dipermudahkan.

“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi Ramadan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan. 

“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan. 

“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!” Tulisnya

Noh berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama Mizz Nina di dalam kapal terbang.

Ini bukan kali pertama mereka mengikuti misi bantuan tersebut.

Malah pasangan ini aktif menjalankan aktiviti amal

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Kami dh nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi ramadhan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan. Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan. Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang! . . Follow @cintasyriamalaysia @altimet @officialmizznina @aizatamdan jugak! . . #ramadanmissioncsm

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selain ahli2 riot squad Hikari Riders, kaum keluarga cinta syria Malaysia dan media, juga turut hadir di KLIA malam tadi untuk menghantar kami adalah beberapa warga Syria termasuklah anak2 mereka. Mereka siap bawak hadiah buah tangan penghargaan untuk setiap kami. Setiap kami yg pergi dapat sekuntum bunga kertas DIY yg ada chocolate kt dalam dan sepotong surat kata2 semangat. Dah sampai Gaziantep ni tadi aku totally lupa pasal benda dieorang bagi tapi aku terjumpa balek surat yg aku tak baca lagi dalam beg. Ayat yang sangat ringkas dengan audio playback dalam otak aku suara salah seorang budak Syria tu pesan kat aku tadi “please send my salam to my beloved country, i wish i can go with you and come home” . . . . #ramadanmissioncsm

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak