Mahu kembalikan senyuman 3 beradik kesayangan Adam, penuntut di UK ini akui “Saya tak boleh jadi seperti kamu”

KHABAR hiba tentang chef selebriti, Adam Mahamed Ismail yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi 14 Ramadan amat dirasai dan ditangisi oleh saudara serta rakan-rakannya.

Anak saudara Adam yang juga adik kepada selebriti Neelofa, Atisha Khan meluahkan perasaan s4yunya terhadap pemerg1an chef tersebut menerusi posting di Instagram sejurus beberapa jam Adam disahkan men1ngg4l dunia.

Gadis yang menuntut di Universiti Birmingham, United Kingdom itu mendoakan agar Adam atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dalam kalangan peminatnya ditempatkan di syurga.

Atisha (kanan) merupakan anak saudara kepada Adam dan juga adik kepada Neelofa. – Instagram @athishakhan

“Syurga buatmu, Adam. Kali terakhir saya bercakap dengan kamu, saya memberitahu diri sendiri sekiranya itulah kali terakhir saya mendengar suara kamu, saya akan OK dengannya (menerima).

“Saya mahu kamu bebas daripada sebarang kes4kitan yang di4lami dan saya mendoakannya setiap hari,” tulis Atisha.

Gadis tersebut turut meluahkan kesyukuran kerana berpeluang membesar bersama pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu.

Atisha juga berjanji untuk menjaga anak buah kesayangan Adam yang juga menetap di Birmingham.

Adam merupakan bapa saudara kepada trio popular @thefamily.uk iaitu Omar Mokhtar, Fatimah dan Ali.

Adam memuat naik gambar beliau dimasukkan ke hospital pada 1 Januari lalu. – Instagram @adamdidam

“Hari ini, akhirnya kamu boleh berehat lagi, kamu kembali kepada Allah. Saya bersyukur kerana berpeluang membesar bersama seseorang seperti kamu, Adam. 

“Saya tidak akan boleh menjadi seperti kamu sampai bila-bila. Tetapi, saya ingin mengembalikan semula senyuman kepada puteri dan putera kamu (anak saudara Adam).

“Saya mahu menjaga Mukhtar, Fatimah dan Ali walaupun tahu saya hanya mampu melakukan sedikit sahaja berbanding apa yang kamu lakukan untuk mereka,” katanya yang berharap Adam mengetahui tentang niatnya ini sebelum dijemput Il4hi. 

Sementara itu, peserta program Hero Oven, Chef Brynner Eu Yik ketika dihubungi mStar berkata, beliau mengetahui tentang khabar mengejutkan tersebut melalui aplikasi kumpulan WhatsApp peserta Hero Oven dan laporan media pada pagi Ahad.

“Saya pun terkejut dengan berita ini kerana saya ada mengikuti dia (Adam) di Instagram dan kebelakangan ini dia jarang berkongsi perkembangan aktiviti dirinya.

“Saya nampak ada orang bergambar dengan Adam dan dia kelihatan semakin kurus dan tiada dengar khabar berita daripadanya,” katanya yang pernah bekerjasama dengan Adam bagi menjayakan drama Dapur Kongsi di NTV7 yang disiarkan pada Mac tahun lalu.

Tinggal kenangan. Gambar Brynner bersama Adam ketika terl1bat dalam penggambaran Dapur Kongsi.

Brynner merupakan peserta Hero Oven musim pertama, manakala Adam pula adalah peserta rancangan itu untuk musim kedua.

Sepanjang perkenalan mereka, Brynner mend4kwa Adam tidak pernah berkongsi tentang keadaan kesihatan beliau.

“Kami mula bertemu dalam drama Dapur Kongsi yang turut dibintangi Awal Ashaari. Adam gemar memberikan tip tentang masakan dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan kami semua,” katanya yang merindui sikap peramah pemuda berusia 29 tahun itu.

Tambah chef selebriti itu, beliau tidak menyangka permintaan Adam untuk menjemputnya sebagai tetamu dalam sebuah program masakan merupakan permintaan terakhir bekas perancang strategik di syarikat cari gali gergasi negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkenaan.

Adam meningg4l dunia ak1bat j4ngkitan paru-paru.

“Ketika itu ada perkara yang tidak mengizinkan dan saya terpaksa tolak pelawaannya dan Adam menerima penjelasan saya kerana ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

“Salam t4kziah kepada keluarga Adam dan semua ilmu yang dikongsikan beliau termasuk kenangan manis akan sentiasa dikenang,” ujarnya.

mStar pada Ahad melaporkan Adam dijemput Il4hi pada usia 29 tahun ak1bat j4ngkitan paru-paru.

Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran menerusi sebuah posting di Instagram pada pagi Ahad.

Allahy4rham men1nggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan selamat dikebum1kan di Tanah Perkvbvran Islam Lemal, Pasir Mas pada pukul 11.05 pagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar