Tidak dimamah usia! Kisah cinta agung ‘James Bond’ dan isterinya kini sudah menjangkau usia 25 tahun!

Setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat untuk mengekalkan perkahwinan yang dibina itu seumur hidup. Pelbagai asam garam kehidupan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi apabila hidup bersama pasangan.

Menerima dan memberi adalah perkara asas yang perlu dilakukan oleh pasangan kerana setiap orang mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Raikan kelebihan dan lengkapkan kekurangan, pasti keharmonian sesebuah rumah tangga dapat dicapai!

Bagi pasangan serasi, Pierce Brosnan yang merupakan bintang filem James Bond dan isterinya, mereka dilihat cukup bertuah apabila hubungan mereka masih kekal sehingga ke hari ini. Tanpa disedari usia percintaan mereka sudah mencecah 25 tahun lamanya!

Kredit:  Instagram/ @keelyshayebrosnan

Pierce, 65, dan isterinya yang cantik jelita, Keely Shaye Smith, 55 membuktikan bahawa cinta sejati sememangnya masih wujud di Hollywood.

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Apabila bintang kelahiran Ireland itu pertama kali bertemu dengan isterinya yang merupakan bekas wartawan di Cabo San Lucas pada tahun 1994, dia tahu wanita itu adalah jodohnya.

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Dan selepas bertahun-tahun bersama, jelas bahawa pasangan romantis itu masih tetap mencintai antara satu sama lain!  

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Pelakon Hollywood itu tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan rasa cintanya walaupun di khalayak ramai termasuk ketika berada di permaidani merah pada acara-acara yang dihadiri mereka.

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Walaupun memiliki jadual yang sibuk, kedua-dua pasangan itu sentiasa memastikan supaya mereka dapat menghabiskan masa yang berkualiti sebagai sebuah keluarga, bersama dengan dua orang anak lelaki mereka Dylan, 21, dan Paris, 17.

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Baru-baru ini, mereka juga kelihatan begitu mesra berpegangan tangan semasa menaiki basikal di sekitar kejiranan mereka di Malibu, California. 

Kredit: BoredPanda 

Pierce memandang isterinya dengan pandangan yang romantis yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata!

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Pasangan ini membuktikan bahawa hubungan yang dibina mempunyai matlamat jauh!

Kredit:  Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Kata Pierce tentang isterinya, “Dia mempunyai kekuatan yang saya tidak mampu hidup tanpanya.”

Kredit: Instagram/ 
@piercebrosnanofficial

Dia juga mendedikasikan status dan ucapan ‘manis’ di media sosial khas untuk isterinya yang berbunyi “Terima kasih cintaku untuk 25 tahun yang lalu, dan seterusnya.”

Kredit: Facebook/ Pierce Brosnan

Semoga cinta mereka sentiasa mekar selamanya dan akan kekal seumur hidup!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: EraBaru