Tiada apa yang mampu menggembirakan setiap pasangan suami isteri apabila dikhabarkan berita gembira bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.Begitulah perasaan yang dialami oleh pelakon Aidil Aziz setelah isterinya, Fasha Sandha membuat kejutan terhadapnya ketika mereka sedang menjayakan sesi fotografi sempena Syawal.
View this post on InstagramSuch a beautiful night. Thank You @naziamustafar, Abang Hazil and Megapine family for having Us. ♥️
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah Ramadan paling istimewa dalam hidup saya.
“Terima kasih Allah, isteri dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.
“Tak sangka saya akan dikejutkan dengan berita ini ketika sedang bekerja,” ujar Aidil sambil mengakui air matanya berlinangan tatkala mendapat tahu tentang kehamilan Fasha yang memasuki usia dua minggu.
Difahamkan, Fasha sendiri mengetahui akan berita itu pada awal hari ini sebelum hadir ke studio untuk menjayakan fotografi yang diaturkan.“Dia buat pemeriksaan pagi tadi menggunakan kit ujian kehamilan dan Alhamdulillah, penantian kami dimakbulkan,” katanya ketika dihubungi.
Tambah Aidil, selepas sesi fotografi tamat, baru dia akan membawa Fasha ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan doktor. – MHE TV
View this post on InstagramKena surprised masa photoshoot dekat studio @pinography . Thanks Allah,Isteri & Family.🤗
View this post on InstagramSurat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri #hadiahramadhan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: