Guna teknik ‘pulas’ kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari ‘m4lang’… koridor asrama tiba-tiba sunyi

BINGIT betul bunyi deruman enjin selepas seorang guru yang berkopiah, berbaju Melayu dan kain pelikat memulas minyak motosikalnya di koridor sebuah asrama untuk mengejutkan pelajar-pelajarnya supaya bangun pagi.

Jika yang mendengar rakaman video tular itu pun sudah sakit telinga, apatah lagi penghuni-penghuni di asrama berkenaan, sudah tentu terkejut dan tidak mampu berkata apa.

Guru berkenaan, Mohd Shahid Ahmad, 41, memberitahu, amalan mengejutkan pelajar untuk bangun pagi menggunakan motosikalnya itu bukanlah pertama kali, sebaliknya telah diamalkannya sejak lapan tahun lalu.

 

Mohd Shahid (kiri) bersama sebahagian pelajar di MRSM Arau. Foto ihsan Mohd Shahid Ahmad

Jelasnya, video tersebut dirakamkan oleh salah seorang pelajarnya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau di Arau, Perlis sehingga netizen menyangka dia merupakan warden asrama.

“Dulu saya memang pernah jadi warden asrama di sekolah-sekolah saya bertugas sebelum ini. Tapi dalam video itu saya bukan warden, tapi guru kaunseling.

“Kalau pasal bangun pagi terutama pada hujung minggu, memang ada pelajar yang liat nak bangun. Jadi, saya terpaksa menggunakan kaedah memulas enjin motor banyak kali sampai bingit untuk mereka bangun,” katanya kepada mStar.

Mohd Shahid (tengah) dan pelajar-pelajarnya bergambar bersama motosikalnya.

Mohd Shahid yang berkhidmat sebagai guru di MRSM Arau sejak dua tahun lalu berkata, dia akan menolak motosikalnya sambil memulas enjin sepanjang koridor di aras bawah di dua blok tiga tingkat asrama lelaki sejauh lebih 200 meter.

Guru yang berasal dari Sik, Kedah itu menjelaskan bahawa tujuannya mengejutkan pelajar sekitar pukul 5.50 pagi bagi membolehkan mereka solat berjemaah di surau.

“Bila pelajar bangun awal, beberapa isu seperti lambat ke kelas dan ponteng menghadiri perhimpunan pagi dapat diatasi.

“Mereka juga ada masa untuk mengemas asrama, belajar dan subuh juga merupakan waktu terbaik untuk cikgu mengambil masa lima hingga 10 minit memberi nasihat kepada pelajar,” ujar bapa empat anak itu.

Aktiviti pelajar yang dijalankan di surau pada waktu Subuh.

Mohd Shahid ingin menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang guru yang garang, berbeza dengan apa yang dirakamkan menerusi video yang tular.

 

Bila pelajar bangun awal, beberapa isu seperti lambat ke kelas dan ponteng menghadiri perhimpunan pagi dapat diatasi. MOHD SHAHID

Bergelar pendidik sejak lebih 11 tahun termasuk di MRSM Langkawi dan MRSM Merbok, Kedah, siapa sangka guru ini mendapat pelbagai pengiktirafan seperti Guru Paling Popular 2019 dan 2017, Guru Paling Cool 2018 dan Guru Penyayang 2011.

Mohd Shahid juga penerima Anugerah Pendidik Terbilang Mara Negeri Kedah 2010, Anugerah Guru Berinovasi MRSM Merbok 2016 dan Anugerah Khas MRSM Langkawi 2014 dan Guru Cemerlang Mara 2018. 

Menurut Mohd Shahid, dia bersyukur kerana pendekatannya itu berhasil apabila semua pelajar boleh mengamalkannya dengan baik untuk bangun pagi.

Mohd Shahid (dua, kiri) mendapat pengiktirafan Anugerah Guru Paling Popular sempena sambutan Hari Guru 2019 di MRSM Arau.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi pengalaman yang tidak dilupakan semasa mengejutkan pelajarnya pada waktu pagi di MRSM Langkawi, tiga tahun lalu.

“Seperti biasa, saya akan datang kejutkan mereka guna motor. Pulas punya pulas enjin motor tu, sampai tak perasan sebenarnya minyak dah nak habis.

“Tiba-tiba enjin motor mati. Saya punyalah terkejut, bayangkanlah tengah bingit kat koridor asrama tiba-tiba sunyi sepi.

“Rupa-rupanya minyak dah habis. Bukan setakat saya, pelajar-pelajar yang dah bangun pun tergelak. Tapi mereka baik, tolong saya sama-sama usung motor tu keluar dari asrama. Jauh jugalah sampai berpeluh,” katanya secara berseloroh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lepas sahur jangan sambung membuta ya. Nanti mendapat ‘jam loceng’ macam ni 😅 Kredit @shahidibnuahmad #mstarkongsi #mstaronline #mstarE1

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar