Korang masih ingat tak kenangan sewaktu korang zaman kanak-kanak dan remaja dulu? Seingat admin sewaktu sekolah dulu memang fikir nak bermain je dengan kawan-kawan, tak pernah terfikir pun untuk menjaga kulit muka dan bersolek seperti kebanyakan pelajar sekolah hari ini. Budak-budak sekarang semuanya cun-cun belaka, yelah macam-macam produk kecantikan ada.
View this post on InstagramHidup kena banyak bersabar sebab mommy selalu cakap , “Lagi Kita Sabar Lagi Kita Dapat Pahala”
Bila tengok semula gambar lama memang selekeh habis! Tapi tahu tak korang sebenarnya ada juga artis yang sewaktu remaja boleh buat netizen tergelak. Sebagai contoh Hairul Azreen ni, tak sangka sebenarnya Hairul pernah bergigi ‘jongang’ suatu ketika dahulu.
Saya selalu bahan @acheykintangkintung gigi jongang, walhal Gigi achey ok je, sebenarnya saya dulu yg jongang so teringat zaman dulo2 kulit gelap gigi kedepan, sampai la sedut ,@toujoursadvanced collagen shots baru ok #KitaSemuaTakPerfect #KitaSamaJe
Respect semua org Sbb kita tak tau luck org lain akan datang #GengGigiBesi
Di Instagram, Hairul Azreen telah memuatnaik gambarnya semasa remaja sehinggalah bergelar suami orang. Menurut Hairul Azreen, meskipun dia selalu mengejek rakan artis Achey bergigi jongang sebenarnya dia juga pernah bergigi jongang sewaktu remaja. Dahla gelap, gigi pulak ke depan. Pesan Hairul kita semua tidak sempurna, hormati orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
Di ruangan komen, ramai yang ketawa berdekah melibat gambar pertama tu! Siap ada yang komen, ‘Nasib baik Yusuf banyak ikut muka Hanis.’ Hahaha.. (sylmn)
Komen Achey
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BeritaPortalMalaysia