PELAKON Atikah Suhaime berkata dia tidak pernah serik untuk kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki selepas kontroversi perpisahan mengejutkan dengan bekas tunang, penyanyi Awi Rafael.
Selain itu Atikah, 28, juga berkata pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk mencari teman hidup.
“Langsung tidak timbul rasa serik untuk bercinta biarpun saya diuji dengan kegagalan kisah cinta bersama bekas tunang sebelum ini. Bagi saya cuma tiada jodoh antara kami untuk mendirikan rumah tangga.
“Mana tahu sesiapa sahaja bakal menjadi jodoh saya selepas ini, tambahan lagi pintu hati saya pun tidak pernah tertutup untuk kembali bercinta,” kata Atikah kepada mStar.
Video:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar