Sila skrol ke bawah untuk menonton video & melihat gambar
PELAKON Datin Diana Danielle mengakui ulang tahun keenam perkahwinannya dengan Datuk Farid Kamil adalah tahun yang istimewa buat mereka.
Diana, 27, berkata biarpun cinta mereka bermula dengan pelbagai dugaan namun hubungan itu kini sudah menjangkau selama 11 tahun.
“Ulang tahun perkahwinan yang keenam. Untuk tahun keenam ini sangat istimewa. Ia merupakan salah satu tahun kami yang menarik.
“Kami berada di paras yang paling lemah dan mengejutkan, kami mendapat lebih cinta daripada yang saya boleh tahan dengan hati dan tangan saya.
“Cinta dilindungi daripada dugaan. Kita mula perlahan dan bam! Ini merupakan tahun ke-11 kami bersama,” tulisnya menerusi laman Instagram.
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini juga memberitahu dia hanya mampu berdoa perkahwinan serta hubungan kekal seperti mana mereka dan anak-anak inginkan.
Diana turut berseloroh mengatakan dia dan Farid perlu belajar dan berlatih untuk mengambil gambar sebagai pasangan supaya tidak lagi kelihatan kekok di hadapan umum.
“Awak tahu, jenis hubungan yang bercakap dalam diam. Kami tidak lagi memerlukan banyak perkataan, hanya melihat, sentuhan, ekspresi, dan kebanyakan masa memahami keperluan pasangan.
“Saya selalu berkata, saya tidak boleh menjangka masa depan, saya hanya boleh berdoa ia berjaya seperti mana kita mahukan dan macam mana anak-anak kita mahukan, untuk keluarga kecil kita.
“Saya juga berharap yang kita boleh berlatih untuk gambar kita sebagai pasangan kerana kita sentiasa lakukan… secara kekok untuk tonjolkan kasih sayang depan orang ramai. Saya sayang awak @faridkamilz,” ujarnya.
VIDEO :
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : KLMenjerit