Pelakon Zarina Zainuddin mengenang pemergian chef selebriti, Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mohamed Ismail yang dijemput Ilahi Ahad lalu.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Zarina memuat naik semula (repost) entri yang pernah dikongsi chef selebriti itu berserta kapsyen yang menyentuh hati.
Zarina berpendapat Adam seakan telah memberi ‘hint’ yang dia akan pergi meninggaIkan orang yang tersayang.
“Bila saya terbaca ni (kapsyen Adam), saya rasa arw@h dah bagi hint pada semua yang dia sayang termasuk Fatimah yang dia akan pergi.
“Macam manalah anak kecil ini berpisah dengan bapa saudaranya, tentu sukar untuk si kecil ini lalui semuanya.
“Ya Allah berikan ketabahan pada Fatimah dan Ali juga semua ahli keluarganya di saat kehilangan insan tersayang,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sayu dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Adam.
Adam menlnggal dvnia dipercayai akibat mengalami jangkltan paru-paru.
Berita pemergiannya itu telah diumumkan oleh sepupunya, Natasha Aman menerusi laman Instagram Ahad lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak