Melihat saja motosikal berwarna merah yang membawa karung di kiri-kanan pacuan dua tayar itu, pasti hati menjadi ‘berbunga’ kerana kini posman bukan sahaja menghantar surat-surat penting seperti tahun l990-an.
Tetapi kini dengan peredaran masa, semua benda boleh dipos sebagai perantara, sekali gus menjadi tugas posmen semakin bertambah.
Terbaru, viral di media sosial kisah pekerja Pos Malaysia yang terbeban dengan tugas harian namun masih berpendapatan yang kecil.
Kisah berkenaan tersebar selepas seorang individu meluahkan rasa terkilannya mengenai nasib pekerja Pos Malaysia yang didakwa tidak diberi layanan yang sepatutnya
Dalam luahan tersebut, pengguna Facebook yang dikenali, Hakimi Mohd berkongsi tentang nasib seorang posmen yang telah bekerja lebih 22 tahun di syarikat itu, namun gaji pokok yang diterima oleh posmen belum mencecah RM2,000 dan hanya berjumlah RM1,848.00.
Apabila ditambah dengan semua elaun, posman berkenaan menerima RM2,403 namun terpaksa ditolak dengan beberapa potongan bulanan, jumlah yang tinggal hanya sekitar RM1,120 sahaja.
Keadaan berkenaan jelas tidak wajar kerana tugas yang ditanggung setiap hari untuk menghantar surat dan barangan.
Hakimi berasa kecewa bahawa syarikat yang besar dan ternama melayan kakitangannya secara tidak adil.
Dalam luahan berkenaan, Hakimi memohon pihak atasan untuk mempertimbangkan nasib pekerja posmen ini yang sentiasa bertungkus-lumus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
Dalam masa sama, Hakimi turut memuat naik beberapa gambar kesukaran yang terpaksa ditanggung oleh posmen ketika menjalankan tanggungjawab.
Golongan posmen tersebut bukan sahaja menerima pelbagai kritikan dilemparkan oleh pelanggan ketika bertugas. Tetapi mereka juga turut memendam perasan dengan gaji yang diterima kerana tidak sepadan dengan tugas yang dilakukan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Hakim Mohd|Facebook, Say via EraBaru