SELEPAS hampir seminggu bercerai, penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama anaknya di laman sosial pada malam Jumaat.
Aliff ,28, meluahkan meluahkan perasaan rindu dan berharap anaknya Ayden sentiasa mengingati dirinya.
“Saya rindu awak, Junior. Simpan ayah dalam hati kami seperti mana kamu selalu ada dalam hati ayah,” tulisnya.
I miss you, Junior.
Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. 🌹
Aliff berkahwin dengan Bella Astilah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Rumah tangga pasangan ini sering dihimpit kontroversi apabila penyanyi Sayang Sayang itu beberapa kali tertangkap berlaku cur4ng.
Sementara itu, pada hantaran yang sama, Aliff tidak menutup ruangan komen dan membalas komen-komen daripada netizen.
Pelbagai komen termasuk kata-kata semangat berharap Aliff tidak mengulangi perbuatannya dan kembali semula kepada bekas isterinya itu.
Ada segelintir netizen mendoakan agar Aliff berubah dan rujuk semula dengan Bella.
Turut meninggalkan pesan ialah ibunya Siti Hafiza yang meminta Aliff menjadikan ia sebagai pengajaran.
“Apa yang terjadi dijadikan pelajaran jitu dan teruskan kehidupan walau sepahit mana pun perasaan.
“Insya-Allah langit tidak akan selalu mendung, ia pasti berlalu dan matahari akan kembali menyinar dengan izin Allah,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar