“You work hard, you get to spend hard”, itulah jawapan penyanyi dan pengacara, Alif Satar apabila ditanya tentang nilai jam tangannya yang berharga ratusan ribu ringgit.
Gambar jam Alif tiba-tiba tular beberapa minggu lalu setelah dia memuat naik gambar ‘face palm’ di Instagramnya.
Netizen dengan pantas mencari model jam yang dipakai beserta harga… ternyata ia mampu membeli empat buah kereta Perodua Axia!
“Saya memang suka kumpul barangan yang rare sejak belum kahwin lagi. Ia seperti anda memberikan hadiah pada diri sendiri.
“Saya kerja keras. Alhamdulillah, saya dikelilingi orang yang sentiasa mendoakan saya. Tapi benda-benda material macam ni bila orang tahu, orang tahulah. Takkan kita yang nak pergi tunjuk kat orang,” jelas Alif ketika ditemui pada majlis Sinar Ramadan Raihan dan Alif Satar minggu lalu.
Ditanya tentang adakah dia tidak takut dikejar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, Alif bertegas yang dia tahu akan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.
“I pay my tax, I got no worries,” jelasnya lagi.
Selain tular gara-gara jam tangan, Alif turut menjadi sebutan setelah menyanyikan kembali lagu Sesungguhnya bersama kumpulan nasyid Raihan.
Artikel berkaitan;
“Tak Pernah Naik Tangan, Tak Tinggal Puasa Dan Solat…” – Isteri Senaraikan Sikap Baik Alif Satar Jauh Beza Dengan ‘Zafran’ Atau Individu Lain
LAKONAN Alif Satar sebagai Zafran menerusi drama bersiri Pia menarik perhatian penonton yang rata-ratanya mengecam watak tersebut.
Menurut isteri kepada Alif iaitu Sha Dila Halid, watak Zafran itu jauh berbeza dengan diri sebenar suaminya yang dianggap mempunyai banyak sifat baik.
“Lelaki yang jauh berbeza dengan Zafran. Lelaki ini mempunyai jiwa yang baik, dia beri lebih daripada yang diterima, tidak pernah minta untuk ‘terima kasih’ atau ‘bagus’ daripada orang lain.
“Tidak pernah dia pukul saya, tidak pernah menengking saya, tidak pernah mahu melihat saya susah, sentiasa membantu dalam kerja rumah.
“Tak tinggal puasa macam Zafran, solat tak tinggal dan seorang yang mementingkan keluarga,”kata Sha Dila.
Sha Dila dedah sifat baik yang ada pada Alif.
Shadila yang kini sedang hamil anak ketiga mereka memuat naik perkongsian tersebut menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.
Drama tersebut yang turut dibintangi oleh Zara Zya dan Naim Daniel itu mula ditayangkan sejak 3 Mei lalu menerusi TV3 pada pukul 9 malam.
Dalam pada itu, Sha Dila memberitahu dia akan berasa penat jika berterusan menyenaraikan kebaikan Alif namun menganggap suaminya layak untuk mengetahui kesemuannya.
Selain itu, Sha Dila turut meminta netizen untuk tidak keliru Alif Satar dengan Zafran atau individu lain.
“Saya boleh teruskan dan teruskan. Saya boleh tetapi saya akan penat nak beritahu semua sifat baiknya.
Keluarga Sha Dila dan Alif bakal bertambah dengan kelahiran anak ketiga mereka tidak lama lagi.
“Walau bagaimanapun, dia layak untuk mengetahui dirinya seorang lelaki yang hebat. Tolong jangan keliru dia dengan Zafran atau mana-mana individu lain.
“Yang sama antara Alif dan Zafran adalah mereka sama-sama kacak. Lelaki yang kuat dan harapan utama saya ialah untuk anak-anak saya menjadi seperti Alif Satar,” katanya.
Komen netizen;
Cannot really hate zafran because i see Alif satar…
You are lucky woman kak shad…
Lelaki bila gentle automatik handsome…
Sebelum ini, Shadila pernah menegur individu yang membuat jenaka kononnya keliru antara Alif Satar dengan Aliff Aziz di Twitter.
Terbaharu, sekali lagi netizen mengaitkan nama Alif Satar dengan kontorversi rumah tangga membabitkan Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Sha Dila dan Alif mendirikan rumah tangga pada 15 September dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak