Ayda Jebat tak nak ‘on-off’ pakai tudung, tapi dah mula jaga adab berfesyen ikut majlis

FESYEN pelakon dan penyanyi Ayda Jebat kebelakangan ini menjadi perhatian apabila sering tampil dengan imej bertudung ke beberapa majlis dan kempen hari raya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jabat, 27, bagaimanapun menafikan dirinya sudah berhijrah sebaliknya memberitahu selesa dengan penampilan dan hanya mengikut situasi semasa sahaja.

“Mana ada penampilan baharu… ia cuma penampilan mengikut situasi semasa. Doa-doakan untuk saya… mana tahu kan? Saya pakai tudung tidak kena-mengena dengan cabaran #Ramadan30hari tu.

“Kalau ada event sepanjang Ramadan yang saya rasa nak pakai tudung, saya akan pakai.

“Rasa macam tak best juga kejap pakai tudung, kejap tak. Tapi tidak mengapalah, apa yang menuju ke arah kebaikan tu, tiada siapa patut persoalkan,” katanya kepada mStar.

 

Ayda memuat naik posting di laman Twitter.

Ayda ditemui pada majlis berbuka puasa Watsons bersama Ayda Jebat, selaku duta bagi rangkaian farmasi itu di Love @Matic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu dia sememangnya berniat untuk berubah dan menjadikan dirinya seseorang yang lebih lebih baik.

Malah, pelakon drama Asalkan Dia Bahagia ini mendedahkan sudah mula mengambil langkah awal menjaga adab berpakaian apabila lebih memilih untuk memakai sesuatu yang longgar.

“Saya nak diri saya menjadi yang lebih baik. Bagi saya semua orang kena ada niat untuk jadi lebih bagus. Mungkin kalau bukan dari segi hijab, dari segi attitude dan kerja. Apa-apa pun niat kena betul.

Ayda kini lebih selektif dalam berpakaian.

“Perasaan nak pakai tudung itu ada tetapi tidaklah terus nak pakai tudung. Cuma dari segi pemakaian, itu sudah diubah sedikit-sedikit.

“Bila pakai ketat sikit rasa macam tak selasa pula. Mungkin tuhan dah beri sikit-sikit. Sebab saya tak nak nanti dah pakai, kejap lagi nak buka pula,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tanggapan artis wanita bertudung tiada tempat dalam industri, Ayda punya pendiriannya sendiri.

“Pada saya rezeki ada dimana-mana awak cantik atau tidak, pandai berlakon atau tidak.

“Semuanya bergantung pada diri sendiri dan rezeki masing-masing kerana tuhan dah tetapkan jika bukan sekarang, mungkin esok.

“Saya tak terfikir hingga ke arah bila pakai tudung, rezeki akan berkurangan. Kalau peminat doakan saya pakai tudung, saya aminkan sebab bagi saya itu yang terbaik untuk semua muslimah,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💛 . No one has ever become poor by giving. Bersedekahlah. Eh! Senyum pun dikira sedekah kan? Nah! 😊 . @galeriariani @arianirtw . #AydaJebat #AJscreamer

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🍬 . Assalamualaikum. Jangan lupa solat Jumaat harini ya.. tinggal berapa hari lagi je kita berpuasa. Gonna miss this Ramadhan. 😔😢 . #AydaJebat #AJscreamer #TapForDetails

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar