PENYANYI Fara Hezel mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Erry Putra.
Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 22, berkata dia dan Erry mula berkenalan menerusi Instagram sejak lima bulan lalu.
“Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram.
“Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” kata Fara kepada mStar Online.
Fara diminta mengulas foto dia dan Erry dimuat naik peminat yang gembira melihat mereka bersama.
Tambah Fara lagi, dia belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
Menurut kakak kepada penyanyi Aiman Tino, keluarganya tidak pernah masuk campur tentang hubungannya.
“Saya tak terfikir lagi soal kahwin atau nak bawa hubungan ini ke peringkat yang serius.
“Sebab masih baru lagi dan saya pun belum cukup kenal lagi Erry. Begitu juga dengannya.
“Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu,” ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berhasrat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan selepas menamatkan diplomanya tahun lalu.
View this post on InstagramIn love with this makeup😍 . . . Makeup by @azeraahmad_full #dinnershow#perlis
“Saya masih menunggu majlis konvokesyen pada bulan Oktober depan. Insya-Allah tahun depan ada perancangan nak sambung belajar.
“Mungkin selepas ini saya nak sambung dalam jurusan komunikasi pula atau teruskan je bidang perniagaan,” katanya.
Fara telah menamatkan pelajaran adalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada tahun lalu.- SL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BeritaSteady