“Dia Tak Pernah Complain,”- Luah Rasa Terharu, Teman Lelaki Sanggup Terima Perangai ‘Giila-Giila’ Shiha Zikir

Penyanyi dan ushawan yang kini muncul dengan single baru berjudul Pipiyama, Shiha Zikir ada memuat naik sekeping foto seorang jejaka yang dikenali sebagai Arule.

Posting terkini itu dikongsikan Shiha menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Difahamkan, jejaka itu juga merupakan teman istimewa dalam hidup Shiha dan umum sedia tahu, penyanyi berkenaan agak jarang berkongsi foto wajah lelaki berkenaan, meski sudah bertahun saling mengenali.

“Happy Birthday❣️ inilah antara orang selain mak & family Shiha yang sentiasa support & bagi semangat dalam bidang seni ni.

“Kdg2 rasa terharu jugak sbb dia accept shiha seadanya dan tak penah complain haha..ya la,Shiha ni mudah terhibur,kuat gelak,suka nyakat,dalam masa yang sama mudah jadi hulk kalau ada orang dok buat pasai.tq so much tau 👉🏻👈🏻

“Cepat je masa berlalu,dah bertambah tua semlm kan? Happy Birthday!,” tulis Shiha. 

Lalu menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan agar kebahagian Shiha dan Arule hingga ke jinjang pelamin.

Menjengah di Instagram Arule pula, dia juga ada berkongsi gambar mereka bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy birthday My Love @shihazikir … ni nak bagi teka teki… Kalau dalam hati i ada u, apa yang ada dalam kete u ye..?? 😏😘

A post shared by Arule (@aruleshi) on

 

 

Foto : Instagram Shiha, Arule

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Media Hiburan