(Vide0) Subhanallah, Bacaan Merdu Anak Norman Hakim Jadi Imam Solat Terawih Buat Netizen Mengalir Air Mata

Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang bapa selain daripada melihat anaknya dewasa sebagai orang yang beriman.

Kegembiraan itulah yang kini dirasakan pelakon Norman Hakim apabila anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim diberi kepercayaan buat pertama kali menjadi imam untuk solat sunat Tarawih.

Pada usia 16 tahun, pencapaian Danish Hakim itu merupakan kurniaan yang terlalu buat besar buat Norman.

Lebih membuatkan Norman terharu ialah dia sendiri menjadi makmum dalam saf jemaah Tarawih berimamkan puteranya itu.

“ Hari penting dalam hidup saya dan of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial; kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP,” kata Norman dalam entri Instagram peribadinya.

Selain kapsyen yang menyentuh hati netizen, Norman turut berkongsi foto bersama sebahagian daripada warga Darul Ilmi selepas selesai menunaikan solat Isyak dan Terawih

“ Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak untuk saya berada di venue ke-2 untuk bagi support pada Danish. Memang dia tak tahu yang saya akan datang dan saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sebab jarak antara kedua-dua tempat agak jauh

“ Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun dab happy sangat bila saya senyum dibelakang dia.Lepas selesai dia tanya “macam mana papa boleh sampai dan boleh tahu abg kat sini?”

Saya jawab: “ U are my world and i’ll be there for you especially on your important day.

“ Alhamdulillah syukur, tak pernah dalam jangkauan akal yang zuriat sendiri akan mengimamkan Terawih.

” Hadiah nan Agung dari Allah S.W.T, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka, mungkin di dalam Lailatulqadar tahun-tahun sebelumnya wallahualam

“ Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku untuk semua kurniaanMu.Tapi Kau tahu aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu,” tulis Norman lagi.

Dalam entri yang lain, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim bin Zaidon, 43, turut memuat naik video anaknya mengimamkan solat Tarawih.

Rata-rata pengikutnya terharu dan akui mengalirkan air mata saat mendapat tahu perkara tersebut malah berbangga dengan cara didikan Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi.

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi telah menyambung pengajian tahfiznya ke Turki sebelum ini.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish Hakim mereka juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 12.

Sementara menerusi perkahwinan kedua dengan pelakon Memey Suhaiza atau Suhaiza Suhaimi pula, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim, 10 bulan.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

sejuk ibu mengandung. Tahniah Bro normanhakim dan kak Abby learns menitikberatkan didikan agama untuk dunk akhirat

Mcm ni la baru boleh viral

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: astr0awan1 dan IG Norman Hakim