Demi Anak, Yana Sanggup Belanja RM20,000

PELAKON Yana Samsudin berhabis sebanyak RM20,000 menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam usaha mendapatkan zuriat kedua.

Yana berkata, dia membuat rawatan itu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dan melakukan kaedah itu sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada rezeki.

“Kali terakhir menjalani rawatan pada bulan lalu namun usaha itu tidak berjaya.

“Jujur saya sedih dan menitiskan air mata kerana memang mengimpikan untuk mendapat zuriat lagi.

“Saya anggap belum rezeki bersama suami untuk menimang cahaya mata kedua. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya,” katanya.

Menurut Yana, selepas gagal menjalani rawatan terbabit sebanyak tiga kali doktor menasihatinya untuk berehat seketika sebelum meneruskan ke rawatan lain.

“Doktor menyarankan saya berehat dahulu sebelum mencuba rawatan kesuburan lain.

“Buat masa ini, saya banyak sibukkan diri dengan bekerja. Bagaimanapun saya selalu berdoa dikurniakan anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,”katanya.

Yana turut memaklumkan kesibukan bekerja menjadi punca rawatan terbabit tidak berhasil.

“Saya mula jalani rawatan ini sejak November tahun lalu. Doktor memberitahu punca kegagalan kaedah itu kerana saya aktif bergerak,”katanya.

Yana dilantik sebagai juri pertandingan video pendek, Smart Selangor 2018, mendirikan rumahtangga dengan Fadzil Zahari dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aisy Mateen, 2. – SL

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mateen dan mommy main cubit cubit … uli uli.. 😍 #mateendanmommy #HasilnyakatIgMommy 😘 #MateenMakan

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha ! . . Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.. . . Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak. 😂😂😂😂 kahkah.. . . Agaknya kisah ke si pengambik order tu? Hahaha . . . Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan? . . So kesimpulan nya . Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee. Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha . . Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelikkkk je bila beli makanan siang hari bulan puasa? . . Korang jangan ngade ngade kirim makanan kat yana pulak eaaaaa .. mentang mentang yana ada lesen beso.. hahaaha

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mateen kat Pavi ni tadi teman mommy gi @sasamalaysia ☺️

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HarianMetro