“Anak Orang Ditimangkan, Anak Sendiri Ditinggalkan” – Kapsyen Abu Sufyan Dapat Perhatian Ramai

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi sekeping foto yang telah mengundang kecaman netizen.

Foto yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya menunjukkan Abu Sufyan mendukung seorang kanak-kanak perempuan.

“Anak syurga. Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak berpuas hati dengan kapsyen yang ditulis kerana Abu Sufyan telah menceralkan bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif yang sedang hamil.

Abu Sufyan tidak mendiamkan diri lalu membalas beberapa komen netizen.

Abu Sufyan sah berceral dengan Ain ‘Afini menerusi aplikasi Whatsapp Mac lalu selepas berlaku penambahan fakta kepada mahkamah.

Abu Sufyan mendirikan rumah tangganya bersama Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahiran cahaya pertamanya pada 10 Julai depan.

Terdahulu, tular di media sosial bekas isteri PU Abu, Aina ‘Afini mendakwa diceralkan suaminya kerana seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini adalah berita palsu! . . Story yang telah dimuat naik pada instagram saya semalam adalah bukan dari saya.Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’.Cukuplah menabur fitnah pada saya.Saya mohon @mstaronlineofficial perbetulkan kenyataan tersebut.Pernikahan say dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua.Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk.

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anak syurga 💕 . Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik.

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun Instagramnya mengakui kesilapannya menceralkan isteri yang sedang hamil.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram PU Abu via Gempak