Pekerja asing di Johor Bahru mengharukan netizen apabila membantu menyuapkan makanan kepada remaja kelainan upaya

Seorang pekerja warga asing telah membuatkan rata-rata netizen terharu dengan tindakannya apabila dia melakukan kebaikan kepada seorang individu yang tidak dikenalinya.

Andy Lau, seorang pengguna Facebook berkongsi kisah ini dalam satu kenyataan yang dimuat naik, di mana ianya kemudian telah dikongsi sebanyak 2,500 kali.

Menurut Andy, insiden berkenaan berlaku di Thirteen Yaw Mookata House di Jalan Harimau Tarum, Johor Bahru. Dalam kenyataannya, Andy menceritakan bagaimana seorang pekerja dilihat membantu menyuapkan makanan kepada seorang remaja lelaki kelainan upaya.

Andy Lau|Facebook

Remaja lelaki terbabit yang dipercayai merupakan pelanggan di restoran tersebut, disuap makan pasta oleh seorang pekerja di restoran berkenaan.

Andy Lau|Facebook

Andy Lau/Facebook

Berikut merupakan terjemahan petikan kenyataan yang dimuat naik:

“Saya menyaksikan keseluruhan senario ketika di kafe apabila seorang pekerja warga asing menyuapkan makanan kepada remaja lelaki yang kelainan upaya.

Dia hanyalah pekerja dan tiada siapa mengarahkannya untuk berbuat demikian, malah dia tidak pula menerima tip akan tindakannya itu. Tetapi, dia sanggup membantu. Tidakkah kita wajar memberinya tanda ibu jari?”

Tindakan murni yang ditunjukkan oleh pekerja asing berkenaan membuatkan kita untuk sentiasa beringat bahawa kita perlu membantu sesama insan, walaupun tiada siapa yang melihat kebaikan yang telah kita lakukan.

“Sesetengah orang memang baik, tidak kiralah berbeza warna kulit dan kewarganegaraan”, tulis seorang pengguna.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Andy Lau|Facebook via erabaru