Pujukan di ‘mall’ bawa ke jenjang pelamin, hasrat pasangan ini terbang ke Makkah dimakbulkan, “Niat berhijab sepenuhnya ada”

TIDAK semua berpeluang merasai suasana berpuasa pada bulan Ramadan di Tanah Suci Makkah.

Namun gadis kelahiran Jitra, Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan suaminya, Adama Mohamed antara yang bertuah apabila diberi peluang untuk ke sana selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila dan suaminya tiba di Makkah kira-kira pukul 4 pagi Ahad lalu.

Fila ketika dihubungi mStar berkata dia bersyukur kepada Allah kerana niatnya dan suami untuk menunaikan umrah bersama-sama bukan sahaja dimakbulkan tetapi dipermudahkan.

“Kami plan dah lama tapi beli tiket seminggu sebelum datang ke sini. Alhamdulillah kata-kata itu satu doa… semuanya dipermudahkan. Apa pun niat tu yang penting.

Fila teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah. 

“Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain. Perasaan terharu, teruja… gembira semua ada,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, walaupun tiba awal pagi, rasa penat dan mengantuk bagaikan tiba-tiba hilang ketika berada di sana.

“Kami sampai pukul 4 pagi kemudian terus letak barang dekat hotel dan lepas tu pergi menunaikan umrah.

“Kami tak nak melengahkan masa sebab nak kongsi masa buat tawaf. Ajaibnya tak tidur tapi tenaga banyak, tak mengantuk pun. Bila dah selesai balik hotel kejap je dah rindu Kaabah,” katanya.

Fila turut menceritakan pengalaman berharga apabila berpeluang mencium batu Hajar Aswad.

“Bila dah habis tujuh kali tawaf dan diizinkan sentuh Hajar Aswad, semua berebut nak sentuh. Nak dijadikan cerita, Allah mudahkan suami sebab dia tinggi.

“Senang je dia dapat pergi sentuh Kaabah… mudah je dia dapat pergi sentuh Hajar Aswad. Saya dalam berhimpit-himpit ni boleh terbayang telekung tercabut punya ramai jemaah tarik.

Suami Fila sewaktu menunaikan ibadah di Kota Suci itu.

“Saya dahlah kurus. Tapi Alhamdulillah saya dapat juga cium Hajar Aswad. Masa tu memang rasa sebak, tak dapat digambarkan perasaan itu… bersyukur sangat-sangat,” katanya.

Biarpun waktu berpuasa di Makkah lebih panjang berbanding Malaysia ia langsung tidak bermasalah bagi Fila dan suaminya.

“Puasa kat sini lagi lama tapi tak rasa macam berpuasa pun dekat sini. Rasa penat tapi tak rasa letih macam berpuasa di Malaysia.

“Mungkin sebab teruja dan saya hanya fokus pada tujuan datang ke sini sahaja,” katanya.

 

Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain. Perasaan terharu, teruja… gembira semua ada.

NUR AFILAH AMIR RUSDI.

Walaupun sebenarnya tidak berhijab, Fila mengakui dia seronok dan selesa memakai tudung sepanjang berada di sana.

“Bila berhijab dekat sini rasa macam seronok pula. Rasa selesa pun ada sebab tak payah bersolek… mudah. Insya-Allah niat untuk berhijab sepenuhnya itu ada… slow-slow. 

“Di sini saya dapat lihat dan bertemu dengan pelbagai macam orang. Dari baby sampailah ke orang tua. Berbeza bangsa dan warna kulit tapi semua bertandang ke rumah Allah dengan satu matlamat untuk berdoa,” katanya yang akan kembali ke tanah air pada Jumaat ini.

mStar sebelum ini melaporkan kisah perkahwinan Fila yang bertemu jodoh dengan suaminya berusia 26 tahun selepas pertemuan secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Disember lalu.

Fila bertemu dengan suaminya ketika sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur.

Kedua-duanya selamat disatukan di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah pada 26 April lalu.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila berkata, dia didekati suaminya semasa sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur pada Disember lalu.

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

Fila selamat dinikahkan dengan Adama pada Jumaat lalu. Foto ihsan Nur Afilah

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” katanya kepada mStar pada Ahad.

Menurut anak kelahiran Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasu, Jitra Kedah ini, hatinya terbuka untuk menerima Adama kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan dia sebab ada ciri-ciri lelaki yang saya nak. 

“Dia tak mer0k0k, tak buat benda pelik-pelik, ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga,” katanya.

Malahan kata Fila, hatinya tersentuh melihat kesungguhan suaminya apabila mengajak dia pergi menunaikan umrah selepas dua bulan perkenalan mereka.

Pengantin bersama keluarga sebelah perempuan dan rakan Adama.

“Lepas sebulan dua kenal dia ajak pergi umrah tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk kahwin.

“Saya call beritahu mak tapi sebelum tu saya dah pernah cerita dekat mak pasal suami. Mak cakap kawan elok-elok. Keluarga saya sangat sporting dan supportive,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, biar pun perkenalan singkat, urusan mendirikan rumah tangga mereka berjalan lancar dan mendapat restu keluarga.

“Bila merancang nak kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya.

“Kemudian dia tanya ayah saya dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin cara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia,” katanya.

“Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apa-apa pun doakan saya dan Adama.”

NUR AFILAH AMIR RUSDI.

Ditanya mengenai komen negatif netizen mengenai perkahwinannya dengan jejaka asing, Fila enggan ambil pusing perkara itu sebaliknya menganggap dirinya bertuah kerana menjadi isteri Adama.

Pengantin mengabadikan gambar bersama rakan-rakan mereka.

“Saya tak kisah apa orang cakap sebab saya tahu hati budi suami saya. Hanya yang rapat tahu hati budi Adama.

“Ayah Adama amat mementingkan pelajaran, al-Quran dah hafal dan belajar lima bahasa. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Alhamdulillah.

“Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apa-apa pun doakan saya dan Adama,” katanya yang merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat bersama suaminya itu.

Dalam pada itu, Adama berkata dia tertarik dengan keperibadian dan kecantikan Fila.

“Perkara paling saya suka tentang Fila adalah kebijaksanaannya, cara dia berfikir dan dia juga baik hati.

“Kecantikannya juga tiada tandingan. Hakikatnya saya suka segalanya tentang dia. Saya melancong ke bermacam-macam tempat tetapi saya tidak pernah melihat wanita cantik sepertinya,” katanya yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Terengganu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar