Tiada angin tiada ribut! Tidak pernah mendedahkan teman wanita di laman sosial, penyanyi Tajul mengejutkan peminat apabila terlepas cakap bahawa dia sudah ‘mendirikan rumah tangga’.
Perkara berkenaan menjadi viral apabila sebuah rakaman video yang menunjukkan dia memanggil teman wanitanya sebagai ‘wife’ (isteri) dimuat naik di laman Instagram salah sebuah jenama pakaian terkenal.
“Baru beli baju untuk wife..” ujarnya menerusi video berkenaan.
VIDEO :
Tampil memberikan penjelasan, Tajul menjelaskan bahawa dia masih belum berkahwin dan meminta orang ramai supaya tidak salah faham selepas menonton video berkenaan.
“Saya sedar itu salah saya (mengaku sudah beristeri), sebenarnya saya sengaja panggil teman wanita sebagai isteri untuk ambil hati.
Tak sangka pula perkara ini menjadi isu besar. Saya minta maaf kerana salah cakap, saya belum berkahwin,” ujarnya menerangkan situasi sebenar yang berlaku.
Tajul yang juga adik kepada arwah Achik Spin pernah terpalit kontroversi selepas dikaitkan dengan penyanyi cantik manis, Wany Hasrita.
Walau bagaimanapun Wany menepis dakwaan berkenaan dan mendedahkan bahawa mereka seperti adik-beradik dan selesa berkawan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : KisahDunia