“Saya Rindu Hendak Berlakon, Tapi…”- Faralyna Idris

Pelakon Faralyna Idris akui rindu hendak kembali berlakon semula selepas beberapa tahun meninggalkan karier tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berbuka dengan siapa tu?

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on

Namun Faralyna berkata hasrat tersebut perlu disimpan terlebih dahulu kerana dia kini menjaga sepenuhnya kedua-dua anaknya, Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apa emoji yang sesuai, yang menggambarkan gambar ni…? Emoji bdk terkepit takde pula 😂

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on

“Sebenarnya saya rindu hendak berlakon semula sebab dah lama sangat saya tinggalkan dunia lakonan.

“Tapi saya perlu sedar diri juga kerana sekarang ini saya ibu kepada dua orang anak yang masih kecil dan perlukan perhatian.

“Sekarang ni kami tiada pembantu dan saya yang buat kerja rumah serta uruskan anak-anak. Jadi pergerakan itu susah sedikit.

“Pernah sekali saya terima tawaran berlakon ketika anak seorang dan saya telah membawa Anggun ke set. Kasihan juga sebab dia penat menunggu di set dengan agak lama,” katanya kepada Gempak.

Faralyna ditemui ketika majlis buka puasa anjuran Lancome yang diadakan di pusat membeli belah, Sogo baru-baru ini.

Pun begitu, Faralyna berkata dia akan kembali berlakon jika anak-anaknya sudah sedikit besar dan pandai membawa diri.

“Insya-Allah jika diberi peluang saya mahu berlakon selepas anak-anak pun besar sedikit dan boleh ditinggalkan,” katanya lagi.

Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mlm tadi, Bonda & Ayah pergi dating dgn Kakak. Kitorg pergi tengok movie #CaptainMarvel . We missed spending time with Kakak. Skrg, she has to share masa, perhatian, kasih, sayang dari Bonda & Ayah with dak Ayu. Jadi, mlm tadi Bonda & Ayah curi masa sikit utk bawa Kakak je keluar lepas dak Ayu dah tidur. ( thanks Amon & Tyenn sbb tlg jagakan dak Ayu kejap ). – We managed to spent 2 hrs ( solid 1 hour borak, 1 hour lagi layan movie.. sejam je Kakak bertahan 😂 ) with Kakak. Ya Allah, sejam tu mcm mcm kerenah dia. Dia cakap tak berhenti. Daripada bercerita, mengekspresikan perasan, bergurau, menyakat, request lagu nak dengar dkt radio, etc. Nampak dia sgt happy and everytime dia ckp ape ape, i can feel yang dia puas. – Yes baby, we miss you too. Hari-hari kita ckp dgn anak kita yang kita sayang dia. Ada adik 10 org pon, dia tetap kita sayang sama mcm kita sayang 10 adik dia. Sama rata. – Alhamdulillah for a great night. 🦋 Dalam pada dia excited nak keluar detim dgn Bonda & Ayah tu pon dia tanye mana Ayu. Ala Kakak……. 💘 #FiraAnggun

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak