SEMUA ahli keluarga chef selebriti allahyrham Muhammad Adam Mahamed Ismail tidak mengetahui arw@h membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sehingga dihubungi wakil agensi itu sehari selepas pemergiannya.
Kakak sulung arwah, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata, hubungan mereka lima beradik sangat rapat dan berkongsi segala perkara namun tidak dimaklumkan mengenai caruman yang dibuat arw@h.
“Sehari selepas Adam meningg@l dunia, saya dihubungi wakil PERKESO mengenai caruman yang dibuat arw@h ketika bekerja dengan majikan terdahulu dan sebelum menjadi chef selebriti.
“Kami sekeluarga sangat terkejut dan tidak menyangka betapa sejauh itu arw@h membuat perancangan kerana apa yang dibuatnya itu adalah untuk mummy dan daddy.
“Arw@h memang anak yang bertanggungjawab kepada keluarga terutama kedua ibu bapa dan selalu menghulurkan belanja untuk kegunaan keluarga,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu bapanya di Jalan Raja Dewa, Telipot di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu, mereka dikunjungi Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, yang hadir menjelaskan bahawa allahyrham Muhammad Adam layak menerima Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan May@t (FPM) sebanyak RM2,000.
Dr Nor Ashmiza berkata, sumbangan FPM yang sudah dimasukkan terus ke akaun ibunya akan disedekahkan kepada anak yatim dan pondok tahfiz atas nama arw@h Adam.
“Sehingga kini masih ada rakan arw@h yang menghubungi saya untuk memberi sumbangan sedekah kem@tian namun saya dan keluarga menyarankan supaya wang itu disedekahkan kepada anak yatim atau asnaf atas nama Adam,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Muhammad Adam atau dikenali sebagai Adamdidam menlnggal dunia, 19 Mei lalu akibat j@ngkitan p@ru-paru di kediaman ibu bapanya di Telipot.
Sementara itu Nora berkata, hasil semakan pihaknya melalui Skuad PERKESO Kelantan mendapati arw@h Muhammad Adam adalah bekas pencarum bersama majikan terdahulu dan memenuhi kelayakan tuntutan Pencen Penakat PERKESO.
“Walaupun kami menyedari keluarga arw@h adalah daripada golongan berkemampuan tapi sebagai seorang yang pernah mencarum dengan PERKESO, ia tetap hak arw@h untuk menerima Pencen Penakat.
“Ibu bapa arw@h akan menerima Pencen Penakat secara bulanan sebanyak RM526.60 sepanjang hayat mereka manakala bayaran FPM sebanyak RM2,000 sudah dikreditkan ke akaun ibu arw@h,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : hmetro