“Fazura Memang Macamni…” – 14 Tahun Sahabat, Fasha Dedah Sikap Fazura

Pada zaman serba moden ni, agak susah untuk mencari kawan ataupun sahabat yang boleh dijadikan tempat luahan hati sekiranya mempunyai masalah peribadi.

Kalau ada pun, terjumpa pula jenis yang suka mengambil kesempatan lebih-lebih lagi kalau seseornag individu itu bergelar selebriti terkenal dalam industri seni tanah air. Namun ianya tidak berlaku bagi pelakon hebat, Fasha Sandha.

Terbaru, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua itu telah memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya berkongsi ‘screenshot’ pesanan daripada rakan artis, Fazura Sharifuddin.

“Inilah diantara sebab2 sahabatku sorang ni sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Beliau yang kukenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun, seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je.

“Sejak i jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun. Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau.

Thank You Faz. Thank You juga to Fattah. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby. Amin,” katanya menerusi ruangan kapsyen tersebut.

Fasha memuji sikap pemurah Fazura yang tidak lupa untuk memberi busana hari raya kepadanya pada setiap tahun, mungkin sebagai hadiah persahabatan mereka semenjak dirinya menjadi ibu tunggal.

Melihat kepada keakraban dan kemanisan persahabatan mereka, ruangan komen posting tersebut dihujani dengan pelbagai komen yang rata-rata sangat mengagumi sikap kedua-dua selebriti itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OhMyMedia