“Selamat Tinggal…” – Saharul Ridzwan

Saharul mengakui pernah melabur ribuan ringgit semata-mata ingin memenuhi kehendak hobinya mengumpul barangan streetwear berjenama mewah.

PETALING JAYA: Pelakon Saharul Ridzwan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada semua pakaian berjenama miliknya apabila dia memilih untuk menjual barangan tersebut dalam misinya memulakan kehidupan baharu.

Saharul, 29, menerusi Instagramnya memberitahu dia mula mengenepikan minatnya terhadap pakaian streetwear berjenama yang sebelum ini disifatkan sebagai hobi mewah yang memberinya kepuasan.

“Selamat tinggal. Bogo, AJ’s, Yeezy, semua berkaitan dengan pakaian streetwear, satu kepuasan yang berlainan bila saya dapat kumpul semua itu.

“Barang-barang di atas bukanlah murah, ‘berpuluh ringgit? Itu FUFU, ini barang LEGIT bro, beribu ringgit… Hobi kami mahal’. Itu mentaliti saya dulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Tinggal . Minat sy terhadap barang2 supreme dan sneakers sy ketepikan sikit demi sedikit. Bogo, AJ’s, Yeezy, name anything related to streetwear, satu kepuasan yang berlainan bila sy dapat collect semua tu . Barang2 di atas bukan lah murah, “berpuluh ringgit? Itu FUFU, ini barang LEGIT bro, beribu ringgit. Hobi kami mahal.” Itu mentality saya dulu . DULU DULU DAH HABIS BRO . Semuanya sy jual balik, oh, kepada yang masih samar2 dalam dunia streetwear, anda mungkin tidak tahu apa “value” setiap apa yang sy pegang ni. Semasa sy berkahwin, sy pakai AJ, masa bersanding pun pakai AJ. Mungkin korang tak faham sejauh mana minat kami dalam streetwear . Turning point . When you know the value of every single penny you earn everyday, you’ll start to think about future. Now, just pull the trigger . My goal: Get my savings back, earn more money, put it in somewhere that I cannot access to use ‘em. Set my mind that I am are a poor person to own any luxury things, get my first 100k savings in my account in ONE YEAR, snap a picture, and do the same thing fo the next 5 years . Then, I will have 500k to invest ‘em and that time, MY MONEY WILL WORK FOR ME. This is not an easy thing bruh, i’ve got to come with discipline and I have to start NOW . Bye SUPREME, tapi aku cabar diri aku jadi lagi ‘SUPREME’ lepas ni. 🔥🔥🔥

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

“Semuanya saya jual balik. Oh, kepada yang masih samar-samar dalam dunia streetwear, anda mungkin tidak tahu apa nilai setiap apa yang saya pegang ini.

“Semasa saya berkahwin, saya pakai AJ, masa bersanding pun pakai AJ. Mungkin korang tak faham sejauh mana minat kami dalam streetwear,” katanya.

Dalam pada itu, Saharul berkata, dia kini mempunyai matlamat baharu dalam hidupnya iaitu mengumpul wang demi kepentingan masa depan keluarganya.

Kata Saharul dia mula berfikir tentang perkara itu kerana sedar tentang nilai setiap seni yang diperolehinya dan perlu melakukan sesuatu demi masa depan.

“Apabila anda tahu nilai setiap sen yang anda perolehi setiap hari anda akan mula berfikir tentang masa depan… Sekarang kena bertindak!

Saharul bersama isteri dan anak lelaki mereka.

“Matlamat saya, dapatkan kembali wang simpanan, kumpul lebih banyak wang dan letakkan di suatu tempat di mana saya tak boleh gunakannya,” tulisnya lagi.

Kata Saharul lagi, dia berazam untuk mengumpul simpanannya walaupun sedar ia bukan perkara mudah namun ia perlu dilakukan.

“Tetapkan dalam minda yang saya adalah orang miskin untuk memiliki barangan mewah… cuba dapatkan RM100,000 dalam simpanan dalam setahun, ambil gambar dan lakukan perkara sama dalam masa lima tahun.

“Kemudian apabila saya sudah kumpul RM500,000 untuk dilaburkan, ketika itu wang akan bekerja untuk saya. Ini bukan perkara mudah, saya perlukan disiplin dan kena mulakan sekarang!

“Selamat tinggal Supreme, tapi aku cabar diri aku jadi lagi ‘supreme’ lepas ini,” tulisnya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber : mStar