[VIDEO] “Sebak Pula Tengok Anak Peluk Daddy” – Balik Beraya, Farah Lee Bawa Maream Jumpa Bekas Suami

Bekas isteri kepada pengacara popular Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi sepotong video kembaranya bersama anak tunggal, Maream Esabel untuk pulang ke Malaysia sempena meraikan Aidilfitri.

Terpisah sejak sembilan bulan lalu, Farah memanjatkan syukur diberikan peluang untuk menyambut lebaran bersama keluarga tercinta dan mempertemukan anaknya dengan Ally.

“After 9 months away from sweethearts and good food!” tulis Farah pada kapsyen video yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya kelmarin.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

Dalam video tersebut, Farah memaparkan perjalanannya bersama Maream hingga tiba di lapangan terbang di Kuala Lumpur yang disambut oleh Ally sendiri.

Pada saat-saat terakhir, Maream berlari apabila ternampak bapanya yang sedang menanti dan dipeluk erat Ally.

Malah, video menyentuh hati berdurasi 2 minit 20 saat itu turut mendapat kiriman doa daripada warganet yang mahukan keluarga itu kembali bertaut kasih.

“Ala nangis lagi tgk part last daddy & maream sebab alami yang sama bila temukan my daughter dengan papa dia. Kita ibu cuma nak anak happy je kan, sanggup korbankan peraasaan sndri. Saya doakan yang terbaik untuk Farah, be strong Allah maha baik,” tulis @yatqieszaine.

“Part Maream jumpa daddy.. kita kat sini nangessssss.. sebab kita tak kuat nak kasik anak kita jumpa papa dia.. thanks omma. 10 Ramadan terakhir I can see something diff. Mungkin anak I sama macam maream.. rindu papa dia,” tambah @nurulhafzanharun.

“Alhamdulillah, begitulah hendaknya walaupun divorce hubugan masih terjalin like a normal things..kadang berpisah itu ada sebab tertentu.. tak semestinya sebab kehadiran orang ketiga,” sahut @siti_nurkhalilahmohdsir.

Farah dan Ally bercerai pada Ogos 2016 selepas berkahwin selama empat tahun.

Farah kemudiannya berhijrah ke luar negara bersama anak tunggalnya, Maream Esabel untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di University of Leeds, England, sejak awal September tahun lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak