“Baby Mommy Ni Baru 2 Bulan Berat Dah 6kg…” – Mawar Rashid Kongsi Wajah Terkini Anaknya Yang Comel

PELAKON Mawar Rashid selamat melahirkan anak pertamanya secara normal pada pukul 11.33 malam Rabu bertarikh 13/3 lalu.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh suaminya Raf Yakkob di Instagramnya.

Raf berkata, Mawar dan bayi berkenaan kini berada dalam keadaan baik.

“Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan.

“Mummy dan bayi baik tapi hari ini kita beri Mawar rehat dahulu. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” ujarnya.

Terbaru Mawar Rashid muat naik gambar terbaru anaknya sudah pun berusia 2 bulan.

Komen warganet: 

cutenya… senyuman tu manis leting 

Ble smile sebijik muke mummy dia

Alhamdulillah semangatnya diaaaaa

Ikut mama dia kut masa kecik

 

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2017. Raf sebelum ini turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinanya yang terdahulu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar dan ig mawarashid